Doktor Bidan Tiada, Suami Mengancam Kakitangan Hospital

BLogTips
0
Kisah Jururawat Di Sebalik Pintu..Terkini telah tular satu video berdurasi 7 minit yang memaparkan perbualan di antara seorang ahli keluarga pesakit dan seorang jururawat.

Separuh tubuh jururawat tersebut berselindung di sebalik daun pintu, hanya kepala di jengukkan keluar untuk meneruskan komunikasi. Bahasa tubuh jururawat ini menunjukkan beliau didalam keadaan TERANCAM!


Senario ini adalah tindak balas normal manusia apabila berhadapan dengan ancaman. Ruang “personal space” akan di wujudkan untuk menjarakkan diri di antara penyerang semasa konfrontasi untuk menjamin keselamatan diri.

Kami memetik kata kata jururawat malang ini;

“Apabila kita di layan begini, siapa tidak kecil hati.
Encik kuasa lelaki dan encik meningggikan suara pada saya.

Saya hanya menjalankan tugas menjaga kesihatan isteri dan anak encik”
.

Namun begitu, pujian wajar diberikan kepada jururawat ini yang begitu profesional dan berkhemah melayan kerenah pihak tersebut walaupun diancam dengan kata kata yang keterlaluan. Pihak tersebut juga telah merakamkan konfrontasi tersebut dan menyebarkan di media sosial dengan tujuan untuk memalukan anggota dan mempersoalkan reputasi pihak pengurusan hospital.

Insiden yang berlaku di Hospital Pulau Langkawi tersebut difahamkan terjadi kerana pesakit dan keluarga kurang berpuas hati kerana Doktor Pakar Perbidanan masih tidak hadir setelah sekian lama menunggu. Sedangkan dalam masa yang sama, Doktor Pakar sedang memerah keringat di dewan pembedahan untuk menyelamatkan NYAWA pesakit yang mengalami pendarahan.

Situasi ini jelas menunjukkan satu bentuk kekasaran terhadap penjawat awam. Simpati dengan jururawat tersebut, kami berharap tindakan undang undang akan menyusul selaras dengan Kanun Keseksaan/ Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sokongan mental dan psikologi juga perlu diberikan kepada jururawat tersebut bagi membantu beliau menghadapi trauma ini agar beliau dapat meneruskan kecemerlangan produktiviti dalam menjalankan tugasan seharian.

HENTIKAN KEKERASAN TERHADAP ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM

Kredit FB Public Health Malaysia

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)