Resepi Biskut Florentine Crunchy Karamel Almond

BLogTips
0
Biskut Almond Crunchy yang sedap dimakan pada waktu petang sambil menghabiskan masa di taman permainan. Juga sesuai bagi sesiapa yang berminat untuk menambah income keluarga. Murah dan mudah untuk menghasilkan.

RESEPI BISKUT FLORENTINE / KRUNCHY KARAMEL ALMOND 😋


Bahan-bahan:

1 biji kuning telur sahaja
1/2 cawan gula kastor
3/4 cawan peanut butter
2 sudu makan membukit shortening
1 1/2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh essence vanilla
3/4 cawan buttercup
Kismis hitam untuk hiasan


Cara-cara:

1. Butter, shortening,gula kastor tadi kacau sampai sebati tak perlu kembang guna senduk kayu.Masukkan kuning telur, kacau lagi dan masukkan essence vanilla.Bila semua sebati barulah masukkan peanut butter dan teruskan kacau sehingga rata adunannya.
2. Ayak tepung jagung dan gandum beserta baking powder terlebih dahulu. Barulah dimasukkan ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit hingga membentuk doh.Jika lembik,tambahkan sedikit tepung gandum hingga doh tidak melekat di tangan.
3. Sapu gris mentega pada bekas acuan dan letakkan kismis hitam pada tengah-tengah acuan.Barulah dimasukkan doh yang digentel bulat.Tekn sehingga padat dan ratakan acuan biar sama paras.
4. Panaskan oven 10 minit barulah biskut peanut butter ini dibakar pada suhu 160’C-170’C ikut jenis oven anda dalam tempoh 15-20 minit guna api atas bawah.

Selamat Mencuba 😍😍😍

Kredit: YouTube Dari Dapur

LIKE & SHARE

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)