Haram Mengucapkan RIP Pada Orang Bukan Islam? Ini Penjelasannya.

BLogTips
0
Tiada doa kebaikan (rip) bagi kematian bukan dalam agama islam. Ianya dilarang hatta kepada Nabi sendiri.


Dari Al-Musayyab bin Hazn bahawa Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam menziarahi Abu Talib (pakciknya) di saat-saat dia tenat menghadapi sakaratul maut. Baginda dapati Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umaiyyah bin Al-Mughirah turut berada di sana. Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam bersabda: "Pakcik, ucaplah dua kalimah syahadah, aku akan menjadi saksi kamu di hadapan Allah."

Lalu Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umayyah mencelah: "Wahai Abu Talib, sanggupkah kamu meninggalkan agama Abdul Muttalib?" Rasulullah tidak berputus asa malah tetap mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah serta berkali-kali mengulanginya. Sehinggalah Abu Talib menjawab sebagai ucapan terakhir kepada mereka bahawa dia tetap bersama dengan agama Abdul Muttalib malah enggan mengucapkan kalimah syahadah.

Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam bersabda: "Demi Allah, aku akan pohonkan keampunan dari Allah untukmu selagi aku tidak dilarang", sehinggalah Allah menurunkan ayat yang bermaksud: "Tidak dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman meminta ampun bagi orang-orang yang syirik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri. Telah nyata bagi mereka bahawa orang-orang syirik itu adalah ahli Neraka."

Firman Allah bersempena dengan peristiwa Abu Talib bermaksud: "Sesungguhnya engkau wahai Muhammad tidak berkuasa memberi hidayah iaitu petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi supaya dia menerima Islam tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya iaitu menurut undang-undang peraturannya dan Dia jualah yang lebih mengetahui siapakah orang-orang yang ada persediaan untuk mendapat petunjuk memeluk Islam."

(Sahih Muslim)

Soalan: Bolehkah kita ucap RIP atau "Rest in Peace" bila orang bukan Islam meninggal dunia?

Ustaz Azhar Idrus:


Kita dilarang ucap RIP atau "Rest in Peace" pada orang bukan Islam yang meninggal dunia kerana ianya bercanggah dengan Quran dan Hadis. Kita sebagai orang Islam wajib beriktiqad bahawa orang bukan Islam sebaik sahaja mereka mati, mereka akan terus mendapat seksaan di alam barzakh dan kesudahan mereka di akhirat adalah buruk jika mereka tidak sempat beriman. Kita juga dilarang mendoakan keampunan dari Allah untuk orang bukan Islam.

Jika kita berkeyakinan mereka akan mendapat keamanan setelah mati, maka itu boleh merosakkan aqidah kita kerana kita telah bercanggah dengan Quran dan Hadis. Berhati-hati lah kita.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)