Demi Kuasa Politik, Sanggup Fitnah Akhirnya Bangkrap Di Akhirat

BLogTips
0
STATUS FACEBOOK YANG MENGHANGUSKAN SEGALA AMAL SOLIH

Keghairahan warga media sosial akhir-akhir ini meng’upadte’kan status berunsur fitnah pada dinding facebook masing-masing seolah berlumba-lumba menghancurkan segala pahala amal solih yang telah dihimpunkan dengan susah payah selama ini. Tidak pernah lagi kita lihat sebelum ini ramainya yang melakukan dosa fitnah seramai hari ini. Seolah-olah fitnah adalah satu kewajipan dalam hidup dan tanpa menfitnah hidup terasa lesu rasanya.


Kepada yang masih beriman dengan Allah, berhati-hatilah dengan budaya fitnah ini kerana ia akan merosakkan masyarakat, negara apatah lagi empunya diri.

Fitnah adalah dosa besar, bersetuju dengan fitnah juga turut sama berkongsi dosa. Bukan sahaja mendapat dosa bahkan pahala yang sudah ada pun akan hangus dan akhir sekali tempat duduknya adalah neraka.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. katanya :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Artinya :

“Sunggguhnya Rasulullah saw bersabda : Adakah kamu sekelian tahu siapa orang yang muflis?
Jawab para sahabat : Setahu kami orang yang muflis ialah orang yang tidak ada wang dan harta benda.
Maka bersabda Rasulullah saw : Orang yang benar-benar muflis dari kalangan umatku ialah orang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, pahala puasa, pahala zakat. Dan dibawa bersamanya juga dosa memaki orang, menuduh orang, memakan harta orang, mencederakan orang dan memukul orang. Maka akan diambil pahalanya lalu diberi kepada orang itu dan diambil lagi pahalanya lalu diberi kepada orang ini.
Maka jika telah habis pahalanya dibahagi-bahagikan kepada orang yang dia zalimi sebelum selesai membayar hak orang maka diambil pula dosa-dosa orang yang dia zalimi itu lalu dipikulkan ke atasnya kemudian dia dicampak ke dalam api neraka.” (Hadith Imam Muslim)

Jelas disini orang yang menfitnah seseorang akan diambil semua pahalanya untuk diberikan kepada orang yang dia fitnah kemudian semua dosa orang yang dia telah lemparkan fitnah akan dipikulnya lalu akhirnya dia dimasukkan ke dalam api neraka.

Taubat orang yang menfitnah seseorang tidak diterima sekalipun dia bertaubat di dalam Ka’bah atau sampai menangis mengeluarkan air mata darah melainkan dia mesti meminta orang yang dia fitnah itu menghalalkan semua dosanya itu sebelum meninggal dunia.

Wallahua’lam
Sumber..
Ustaz Azhar Idrus Original

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)