Masjid Makin Kedekut Bagi Bantuan Untuk Daftar Sijil Kelahiran Anak Asnaf?

BLogTips
0
Selepas solat jumaat td, saya berehat di tepi dinding, tiba2 saya lihat seorang orang tua bawa budak 3 orang ke dalam Pejabat Pengurusan Masjid dan terdengar perbualan pakcik td dgn pegawai Masjid. " Saya org susah, saya dtg nak mintak bantuan ni sbb nak uruskan Sijil Lahir anak bongsu (yang sedang minum susu) dan utk buat makan.

Pegawai Masjid tu kata " Pakcik pernah dapat bantuan sebelum ni kan ? Maaflah, masjid hanya beri utk sekali shj. Dalam hati saya, masjid pon dh pernah bantu rupanya.


Dgn wajah yg hampa pakcik td berlalu di depan saya sambil menggendong bayi. Terdetik hati saya utk bertanya lanjut. Bila nak hampir dgn mereka saya terdengar budak perempuan yg dibawa tanya kpd pakcik tu "Ayah, kita tak boleh buat la Surat beranak utk adik ye? Sebak hati saya. Pastu saya dekati dan tanya dgn lebih lanjut.

Nama pakcik ni Mohd Razmi bin Jusoh, tinggal di Segambut Dalam. Kanak2 itu adalah anaknya2 semua. Saya tanya "Maknya mana ? pakcik tu kata "Maknya lari tinggalkan saya dan anak2 setahun yg lepas, kakak umur 7 tahun, fandi umur 3@4 tahun, yg bongsu umur setahun 2 bulan. Saya makin sebak bila lihat anak pakcik yg kecil itu muka iras anak saya. Kata Pakcik Razmi dia uruskan semua anaknya. Kalau pakcik kerja, kakak yang akan jaga adik2nya. Umur 7 tahun uruskan adik-adik. Kakak tak sekolah sbb x mampu.


Saya hantar pakcik dan anak2nya pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan fandi kata "Ayah lapar". Ayahnya jawab, "nanti ayah beli makanan ye". "Fandi nak roti ayah". "Ayahnya "ye nanti kita beli". Saya singgah ke kedai dan belikan roti, minuman dan makanan lain kerana saya bergegas ada urusan. Suka anak2 tu.

Sampai di rumahnya saya masuk. Pakcik Razmi hanya sewa bilik RM300 (spt dlm gambar). Pakcik Razmi kerja pengawal keselamatan di Sekolah Segambut. Gaji RM 800, tinggal RM500 lg lepas byr sewa. Nak makan lagi, anak lagi, pampes lg, susu lg. Allahuakbar.


Saya akan bantu pakcik razmi dapatkan Sijil Lahir utk yg bongsu pada hari isnin minggu depan di Jabatan Pendaftaran Negara. Saya difahamkan Andika (bongsu) tak dapat buat Sijil Lahir kerana tidak dapat cop jari ibu. Dah setahun dh. Yg Fandi ada Sijil Lahir. Bayangkan apa nasib Andika masa depan jika tidak dapat Sijil Lahir. Sebelum beredar saya beri sedikit wang.

Kepada yang ingin membantu dari segi wang sila berhubung terus dgn Pakcik Razmi di talian 010 - 717 0224…Akaun CIMB Pakcik Razmi 12520001037205.

Tolong share kawan2 !!!! supaya dapat bantu. Tak dapat bantu wang, doa pun mencukupi. Hari isnin saya updated perkembangan Sijil Kelahiran Andika.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)