POST TERBARU

Recent Posts Widget

Pasang Alat Penjimat Elektrik Akhirnya Disaman Beribu Ringgit

Assalamualaikum.. Saya nak cerita sikit tentang apa yg terjadi. Sy harap ia menjadi ikhtibar dan pengajaran buat semua.. ini kesilapan kami. Dan kami tanggung kesilapan itu..

lebih kurang 2 tahun lebih dulu.. family kami dulu ada pasang alat menjimat elektrik pada meter. mmg salah pun.. tapi sbb semua barang naik.. bill api melambung2.. so kitorang pun pasanglah alat tu..


Maka bill pun turun lah dr RM400 lebih ke seratus lebih. Lebih kurang sebulan lalu.. Pihak tnb datang utk buat pemeriksaan meter dan mereka kata "penggunaan elektrik tidak relevan". Gitu lah lebih kurang.. So bila mereka dapat tau ada penjimatan.. Mereka terus kluarkan surat saman..

Mereka akan kira semula berapa yg patut nya kami bayar bulanan.. Tapi nilainya belum tahu.. Akan di beritahu 3 hari sebelum tarikh pembayaran.. Kalau tau awal atleast leh lah prepare kan.. Ni tidak yerrr..

Maka kami adik2 beradik kira2 lah berapa agaknya kena bayar nanti.. Kami anggarkan sendiri.. Agaknya RM1000 kot.. 2000 kot..

Setelah hampir sebulan.. Kami call saman yg kena bayar adalah RM8859.25 yer.. Terkejut beruk kami.. Dan lebih memeranjatkan dan hampir menjadikan kami sekeluarga beruk sebenar adalah.. Sama tidak boleh kurang dan tiada perbincangan utk pengurangan.. Tetap kena bayar amaunt yg di nyatakan.. Staff tnb terang jelas pada kami dengan baik.. Sbb apa dan mereka akan buat.

Tnb kata boleh kurang.. Nyatakan bukti contoh rumah tu xde org duduk ke.. Apa ker.. TAPI.. AMOUNT TU.. bayar dulu.. Then kalau nak masuk court utk pengurangan.. Tu kemudian.. Dan x jamin boleh kurang ke x.. Maksudnya apa tuh.. Paham kannn

Mereka akan potong pada tarikh tu.. Amik gambar.. Dan akan beri no invoice.. Kita pergi bayar dan mereka akan pasang semula..

Perit kan.. Tapi semua tu silap kami.. Nak jimat elektrik tapi guna cara yg salah.. Mmg mula2 jimat.. Ujung2 kena bayar jugak apa yg nak jimat sgt tu..

Pada sesiapa yg ada buat seperti apa kami buat.. Jgan sbb kita nak kurangkan bill kita menyalahi undang2. Ujung kena bayar juga apa yg kamu nak jimat sgt tu. Hentikanlah.. Sbb tnb boleh tahu apa yg kamu buat.. Sistem dia boleh baca.. Sebelum terkena baik hentikan..

Nasib baik Allah beri kami rezeki utk bayar amaunt tu.. Kalau x de.. Makanya buatlah unggun api tengah rumah sambil main bayang2 kat dinding..

kredit tuan fb