Kelantan Catat Jenayah Seks Luar Tabie Yang Menakjubkan dan Mencemaskan

firaz
Kadar Jenayah Seks Luar Tabie dan Kes Rogol Bawah Umur Kerana Masalah Sosial Yang Makin Serius di Seluruh Negara namun Kelantan mencatatkan rekod yang mengejutkan berbanding negeri lain di Malaysia.

Seperti sedia maklum ramai yang tidak berpuas hati atau memandang serong terhadap rakyat negeri kelantan kerana rakyatnya yang dikatakan pengotor, kenegerian, poyo ditambah kerana kerajaan negerinya yang dikuasai Pak Lebai yang menonjolkan sifat islamic nya.
Maka maklumat mengenai kadar jenayah seksual, kes rogol dan jenayah seks luar tabie ini menunjukkan Kelantan adalah negeri yang bertamadun dimana kes seks luar tabie nya adalah sifar pada tahun 2018.

Kadar jenayah yang berlaku di Malaysia melibatkan kes rogol dan seks luar tabie di Malaysia makin membimbangkan mengikut data yang disalurkan oleh Kementerian dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan gambar maklumat dibawah dari tahun 2013 hingga 2018 didapati berlaku peningkatan kes jenayah seks luar tabie di seluruh Malaysia dari 300 kes pada 2015 kepada 375 kes pada tahun 2017. Manakala sebanyak 119 kes dicatatkan pada tahun 2018 untuk data hingga bulan Mei 2018 sahaja.

Apa yang paling mengejutkan adalah Kelantan mencari satu-satunya negeri yang mencatatkan sifar kes bagi jenayah seks luar tabie. Manakala Selangor menjadi juara akan kes jenayah ini dengan jumlah kes sebanyak 42 kes.


Ini menunjukkan Kelantan menjadi model sebagai negeri dan masyarakat yang selamat untuk didiami.



Seterusnya adalah statistik kes jenayah rogol yang berlaku di Malaysia yang menunjukkan berlaku penurunan berterusan dari tahun 2013 hingga 2018. 

Kaum melayu terus menjadi kaum yang utama menjadi mangsa jenayah rogol berbanding kaum lain walaupun kes di Malaysia menunjukkan penurunan dari 2013 hingga 2018.

Mungkin disebabkan penjenayah rogol lebih berminat pada perempuan melayu yang berpakaian menutup aurat lagi suci dara menyebabkan mereka menjadikan gadis melayu sebagai mangsa.

Gadis Melayu perlu lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa rogol dengan menggunakan peralatan atau senjata untuk mempertahankan diri dari menjadi mangsa rogol.