Tangan Kaki Teringat, Dirogol Hingga Mati, Air Mani Bersepah

BLogTips
0
Mayat mangsa dijumpai tertiarap atas tilam dengan kepalanya dibungkus dalam sarung bantal. Terdapat cebisan kain seperti tuala dalam mulut. Kedua-dua tangan dan kakinya diikat dengan wayar seterika

Selepas 15 tahun berlalu, siapa bunuh Noritta Samsuddin?


Kes pembunuhan Noritta Samsudin, gadis muda berusia 22 tahun yg ditemui mati di bilik rumah sewanya menjadi antara berita sensasi negara sekitar penghujung tahun 2003. Sehingga kini, tiada sesiapa yg didapati bertanggungjawab membunuh mangsa.

5 Dec 2003, sekitar 4.30 pagi : Dua orang rakan serumah mangsa, Kenneth dan Azora baru pulang ke rumah selepas keluar minum pada hari tersebut. Mangsa bersama kedua-dua rakan serumah tersebut menetap di sebuah kondominium yg terletak di Sri Hartamas.

Sebaik sahaja masuk ke rumah, Kenneth dan Azora berasa pelik apabila lampu dalam rumah tidak dinyalakan. Mengikut persetujuan bersama, lampu di bahagian ruang makan rumah hendaklah sentiasa dinyalakan bagi memudahkan pergerakan dalam rumah. Namun bukan itu sahaja yg menghairankan

Kedua-dua mereka terhidu bau busuk yg tidak pernah mereka hidu. Kenneth segera ke rak kasut bagi memeriksa sekiranya ada kasut pelawat yg datang ke rumah namun tiada. Azora juga cuba mencari dari mana datangnya bau busuk tersebut. Mereka tidak tahu jika Noritta ada di rumah.

Mereka berdua menuju ke bilik mereka tanpa membuka lampu. Pintu utama rumah dikunci oleh Kenneth. Dalam keadaan rumah yg gelap, Azora seperti perasan ada kelibat seseorang yg lalu di sebelah kanannya. Namun dia tidak ambil pusing dan terus menuju ke biliknya.

Kenneth buka pintu bilik mereka dan sempat melihat ke bilik Noritta yg bertutup. Lampu juga tidak dibuka dari dalam bilik. Sebaik sahaja masuk ke biliknya, Azora ada bertanya sekiranya Kenneth ada melihat kelibat org lain dalam rumah namun Kenneth menjawab dia tidak perasan.




Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)