Gempa Bumi Lombok, Imam Meneruskan Solat Ketika Gempa Bumi Dikatakan Menyalahi Maqasid Syariah?

firaz
Semua sedia maklum akan peristiwa kejadian gempa bumi dengan kekuatan 7.0 Skala Ritcher yang telah menggegarkan daerah Lombok dan Bali di Negara Indonesia. Sehingga kini dikatakan kejadian tersebut telah meragut hingga 10o lebih nyawa dan beribu lagi mengalami kecederaan yang teruk.

Dizaman serba maju kini, kejadian gempa ini telah dirakam oleh teknologi smartphone serta CCTV yang dipasang dimerata tempat. Beratus-ratus video gegaran tersebut dirakam termasuklah yang viral iaitu video kejadian di sebuah masjid ketika umat islam sedang bersolat Isyak.
Dalam kejadian tersebut terakam aksi seorang Imam yang tetap meneruskan solat dan bacaannya ketika jemaah lain bertempiaran lari keluar dari masjid tersebut. Video viral itu telah mendapat tontonan yang mencecah beribu tontonan dan dishare keserata dunia dalam media sosial serta laman youtube.

Namun perbuatan imam tersebut yang tetap meneruskan solatnya dikatakan sebagai menyalahi aturan syariah yang disebut sebagai MAQASID SYARIAH oleh seorang warga twitter dari negara jiran Indonesia seperti gambar dibawah.
Berikut perbualan lanjut dari twitter yang berikutnya
Persoalannya sekarang...apakah dalam situasi yang menakutkan itu, seseorang boleh berpikir seperti sedang mengambil peperiksaan?
Apakah sebagai manusia biasa kita boleh berpikir yang dipelajari padahal dalam pikiran semasa kejadian itu, ntah apa yang dipirkan imam tersebut.

Adalah tidak wajar memperlekehkan imam yang meneruskan bacaan solat nya, ditambah dengan suaranya yang gementar ketakutan dan mengulang ayat yang sama.

Lihat video nya seperti diatas.