Peraturan Baru: Syarikat Swasta Bakal Dikenakan Denda Rm10 Ribu Jika..

BLogTips
Peraturan Baru: Syarikat Swasta Bakal Dikenakan Denda Rm10 Ribu Jika..

Bermula 1 Ogos 2018, Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian KPKT telah meluluskan satu peraturan yang mewajibkan syarikat swasta untuk melantik kontraktor kutipan sampah yang berlesen dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).


Semua syarikat swasta yang menjalankan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan dibawah kategori komersial, industri dan institusi perlu memastikan sisa sampah yang dihasilkan atau dikeluarkan dari premis perniagaan masing-masing perlu melantik kontraktor berlesen bermula 1 Ogos 2018. Kegagalan pihak swasta melaksanakan pematuhan ini bakal dikenakan tindakan denda hingga Rm10,000.

CARA MEMOHON LESEN KUTIPAN SAMPAH PREMIS PERNIAGAAN KLIK DISINI

“Peraturan yang berkenaan boleh didapati di laman web JPSPN untuk rujukan pihak swasta yang berkenaan.”


CARA MENGURUSKAN SAMPAH DI PREMIS PERNIAGAAN


1.Setiap premis perniagaan diwajibkan untuk membuat pengasingan sampah yang boleh dikitar semula dengan sampah yang tidak boleh dikitar semula.

2.Kewajipan untuk menyediakan tempat sampah yang sesuai dalam kawasan premis

3.Memastikan tong sampah yang sesuai untuk jenis sampah yang dihasilkan.

4.Memastikan melantik kontraktor kutipan sampah yang berlesen.