Video Pelajar Bercium; Wajarkah Had Umur Berkahwin 18 Tahun?

BLogTips
Isu had umur perkahwinan yang ingin dinaikkan oleh pemerintah baharu ini menjadi antara isu utama sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Persoalan disini adakah wajar had umur naikkan ke umur 18 tahun?

Maka disini kita kupaskan isu ini untuk membuka minda anda dari sudut pandangan orang awam.

*SINOPSIS*
Isu had umur ini mula mendapat perhatian meluas bermula daripada timbulnya berita pernikahan di sebuah negeri pantai timur. Seorang perempuan yang berumur 15 tahun yang berasal dari negeri thailand dinikahkan dengan seorang pak lebai yang berumur 40 tahun yang telah mempunyai isteri 2 orang.

*Pandangan Orang Awam*
1. Jika had umur perkahwinan dinaikkan, adakah kerajaan mempunyai jalan untuk menyelesaikan isu seks luar nikah?

Isu seks luar nikah dikalangan remaja lebih penting untuk diatasi berbanding isu perkahwinan dikalangan remaja.

Pelbagai jenis video hubungan haram dikalangan remaja tersebar di media sosial menunjukkan isu seks luar nikah perlu diatasi sebelum membincangkan isu had umur pernikahan.

Bagaimana seorang yang berumur 18 tahun dilihat begitu matang dan boleh bertanggungjawab untuk memilih pemimpin negara tetapi

mereka yang berumur 18 tahun dilihat kebudak budakan apabila ingin membina keluarga?

Persoalan di atas boleh dijawab oleh tuan puan dalam komentar. Ini hanyalah pandangan umum sahaja.