Video Seks Lesbian Terengganu Yang Disebat Mula Tersebar?

firaz
September 2018 menjadi bulan yang penuh kejutan di sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara iaitu Malaysia. Kejutan demi kejutan ini mengundang pelbagai polimik dalam masyarakat di negara ini.

Kejutan pertama bermula pada 1 September 2018 iaitu dengan permulaan bermulanya skim cukai yang dinamakan sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Kejutan tersebut adalah mengenai nilai topup kredit prepaid talian telefon bimbit yang juga dikenakan caj sebanyak 6%. Menyebabkan rakyat mengecam syarikat telco yang mengenakan caj SST ini. Isu terbaru SST topup boleh dibaca disini.



Kejutan kedua adalah mengenai isu kes rasuah bekas ketua menteri Pulau Pinang yang juga kini sebagai Menteri Kewangan Malaysia yang telah dibebaskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana dikatakan tidak mempunyai kes. Perkara ini mendapat perhatian hebat oleh ahli politik termasuk ahli politik dalam Pakatan Harapan sendiri yang mahu pejabat peguam mengeluarkan kenyataan mengenai isu terbabit. Maklumat lanjut isu ini boleh dibaca disini.


Kejutan ketiga dan yang utama adalah mengenai isu hukuman sebatan dikhalayak ramai oleh mahkamah syariah terhadap pasangan lesbian yang didapati bersalah membuat hubungan songsang di dalam kereta di dataran awam di sebuah daerah di Terengganu.

Ini lah kejutan utama yang menjadi perbincangan, kecam mengecam, boikot memboikot oleh rakyat Malaysia sendiri. Malah isu ini mendapat perhatian oleh media seluruh dunia.



Salah faham orang mengenai isu ini adalah mereka merasakan lesbian tersebut disebat kerana mereka adalah golongan LGBT. Padahal isu sebenarnya adalah lesbian tersebut dihukum kerana membuat hubungan seks menggunakan dildo di dalam kereta di dataran awam pada waktu tengahari. Maka mereka ditangkap dan dibicarakan kerana kesalahan mereka bukan kerana mereka adalah pengamal LGBT.