Kerana Ingin Berjimat Cermat, SPR Hanya Mempunyai Pengerusi Tanpa Staff Lain

BLogTips
INI ADALAH SUATU PELANGGARAN PERLEMBAGAAN YANG SERIUS

1. Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut :-

"Suruhanjaya Pilihan Raya HENDAKLAH DI LANTIK oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan
hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang Timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain."

2. Ini bermaksud SPR itu hanya wujud apabila YDPA telah melantik 7 orang pemegang jawatannya seperti yang di nyatakan dalam Perkara 114(1) Perlembagaan.

3. Setakat hari ini, YDPA hanya melantik Pengerusi SPR dan 6 orang ahli SPR lain masih belum di lantik.

4. Ini bermaksud SPR masih belum wujud mengikut Perkara 114(1) Perlembagaan.

5. Yang wujud sekarang hanyalah "SPR HANTU" (dulu istilah pengundi hantu).

6. SPR HANTU ini telah mengendalikan 2 Pilihanraya Kecil setakat ini dan di sebabkan SPR SAH masih belum wujud maka SPR HANTU tidak boleh berfungsi sebagai SPR sah mengikut Perkara 114(1) Perlembagaan.

7. Maka keputusan PRK Port Dickson dan pengendalian PRK Cameron Highlands yg di buat sekarang adalah TIDAK SAH DAN TERBATAL kerana tidak di kendalikan oleh SPR.

8. Mengikut RULE of LAW, SPR masih belum wujud.

9. Bagaimana sesuatu yg belum wujud, boleh mengendalikan PRK?

10. Pengerusi SPR bermesyuarat seorang diri dan membuat keputusan SPR secara seorang diri selama ini.

http://www.spr.gov.my/ms/info-spr/carta-organisasi/ahli-suruhanjaya

Kredit FB :
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
0129770412