Najib Mengadu SPR Terlalu Sibuk Hingga Tidak Mengambil Tindakan Terhadap Kesalahan PH

BLogTips
Sebentar tadi, pengerusi SPR telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak patut menuduh BERSIH dan SPR tidak buat  kerja terhadap kesalahan PH di bawah undang-undang pilihanraya yang nyata.

Beliau nasihat saya untuk membuat laporan polis sendiri tentang kes-kes PH ini kerana dia kata SPR tak ada kuasa untuk menyiasat atau mendakwa atau membuat apa-apa.

Saya masih ingat pada bulan Ogos lalu bila BERSIH dan SPR lapor saya kepada pihak polis kerana saya dituduh melakukan kesalahan yang amat berat semasa PRK Sg Kandis.

Iaitu, saya telah membuat satu posting di laman FB saya tentang PRK itu pada pukul 7 pagi sebelum pusat undi dibuka pada hari membuang undi.
Saya buat FB posting pun salah, siap di buat sidang akhbar oleh mereka dan bergambar di luar balai polis.

Selepas itu, BERSIH menafikan mereka adalah pihak yang membuat laporan polis terhadap saya.

BERSIH kata pihak yang lapor polis terhadap saya adalah pihak SPR sendiri.

"Bersih 2.0 wishes to clarify that Bersih 2.0 did not lodge a police report on election offences committed by Najib, but instead lodged the report to the Election Commission.

"The Election Commission in turn had lodged a police report on the case, which we believe led to the investigation of Najib," it said in a statement on Tuesday (Oct 2, 2018).
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/02/it-was-not-us-says-bersih-but-the-ec-that-lodged-police-report-against-najib-for-byelection-offence/

Itu pada bulan Oktober 2018. Kalau saya tidak salah, pengerusi SPR ini dilantik dan masuk kerja pada bulan September 2018.

Tak apalah.

Terima kasih Pengerusi SPR.

Saya bersangka baik.

Mungkin dulu pegawai-pegawai SPR ada masa lapang untuk membuat laporan polis terhadap saya.

Tetapi dengan kes-kes PH ini, mereka sudah terlalu sibuk dan tidak lagi ada masa untuk membuat laporan polis terhadap PH.

Ataupun pemberian hamper dan basikal kepada pengundi pada masa PRK bukan lagi kesalahan pilihanraya?