Siapa Sebenar Uncle Kentang? Betul Ke Dia Berjiwa Rakyat? Nah Biodata Beliau

BLogTips
ORANG SEMENYIH.... UNDI LAH DIRI ANDA.... YANG BOLEH PASTI WAKIL ANDA DAN BUKAN POLITIK.... 

CERITA SAYA DAN CERITA ANDA ADALAH SAMA....

Salam pagi rakyat Malaysia..... saya ah Kuan ( Calon Bebas Dun N 24 Semenyih)  asal dari ladang estet getah Bukit Cermai... Tanjong Laboh Batu Pahat..... pada tahun 1963... ayah tukang mas tolong orang baiki barang kemas.. hidup kami susah seperti kamu... mencari kayu untuk masak, kami tiada dapur gas dan tiada bekalan elektrik.... kami terpaksa pergi jauh mengambil air dari perigi atau menakung air hujan.... kami tidur TAK PERNAH ADA TILAM.... atas lantai atau papan beralas tikar...... pergi sekolah jarang ada duit saku..... HANYA MINUM AIR PAIP DI TEPI PADANG SEKOLAH RENDAH LIM POON 1 di Jalan Lim Yew Leong  kerana nak menjauhkan diri dari kantin.... kerana tak mampu beli makanan di kantin.... kadang kadang basah baju tersembur air paip dan kasut sekolah Fung Keong yang boleh di buat kapal layar.... bau tangan saya di sekolah amat di geruni sahabat kelas saya kerana bau tahi getah......

Mak dan ayah saya bukan orang senang.. toreh getah berapa lah dapat.... ayah saya pula sakit TB.... saya terpaksa menoreh getah dan mengumpulkan getah sebelum saya ke sekolah....meredah lalang yang lebih tinggi dari saya....saya berterima kasih kepada semua Cikgu saya... sekolah rendah ... sekolah menengah.... mereka bagi saya koupon kantin sekolah... saya TAK PERNAH beli seluar sekolah baru masa saya di Sekolah rendah... semua hand down dari abang dan juga orang yang gila  membantu keluarga kita.... Gurubesar Ng Boon Lam, Cikgu Hisab Lim Tin Tin... Cikgu English Mr Khoo.... Cikgu Jasmani dan ajar main bola ... En Osman..... guard sekolah ketika itu kita panggil Pakcik Maniam.... mereka semua bantu... walaupun guard miskin.... beliau masih bagi saya satu atau dua keping biskut.... untuk tahan lapar....

Saya tiada apa apa ijazah kerana munkin saya malas.... munkin juga ekonomi tak membenarkan.... saya cuba belajar undang undang  tetapi terpaksa give up because kekurangan duit.... Saya hanya ada SPM ..... tapi saya masih minat membaca.....baik buku am ataupun apa apa tajuk.....

Kadang kadang orang yang berpelajaran tinggi jangan lah kamu menyindir dan memijak orang kelulusan rendah... kerana nasib kamu munkin lebih baik... ramai tak dapat ijazah bukan malas tetapi ayah dan mak tak berduit untuk lanjutkan pelajaran mereka... ada yang terpaksa berhenti uni kerana mak atau ayah jatuh sakit.... terpaksa batalkan lanjutan pelajaran kerana utamakan kasih sayang kepada ayah dan mak... dan menghampakan diri sendiri tetapi ia pengorbanan yang sangat mulia.....

Kita sentiasa pileh pembentukan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.... dari golongan orang politik.... kita jarang memileh dari Calon Bebas..... kerana kita khuatir calon bebas tidak dapat mainkan peranan nya....

Tapi kali ini di Semenyih.... mari lah kita PILEH DIRI SENDIRI.....

Mari lah kita pileh....

1) Tatkala anak anak kita lapar, jiran jiran lapar.... adalah yang prihatin datang menunggang motosikal hantar secupak nasi dan sedikit lauk untuk mereka yang lapar..... Yang sentiasa pastikan jiran tak lapar dan anak anak kamu tak kebuluran....

2) Tatkala kita dalam keadaan sakit... adalah orang datang bantu bawa ke hospital untuk di rawat ... yang faham apa itu poket kosong dan tak ada duit nak ke KK atau Hospital... kadang kadang minyak motosikal pun  ngam ngam dan cukup cukup ulang alik kerja dan nak bawa anak ke KK pun tak cukup minyak motor....

3) Yang kisah anak anak kita kesekolah atau tidak... ada kasut ke Tidak... ada baju uniform sekolah ke tidak... yang bertanyaa alat tulis dan beg sekolah ada ke tidak... dan bukan main menyerah beg sekolah dan apa benda lain tak ambil tahu... yuran sekolah dah bayar ke belum...

4) Yang bersama kita mengurus jenazah dan redah masuk bilik mayat untuk menahan tangisan kerana tiada duit untuk urus jenazah kesayangan kita...yang sanggup memberi satu keyakinan ketika kita hampa bahawa semua akan di urus baik.... tak kira waktu....

5) Yang boleh dan mudah  di hubungi ketika kita ada masalah... yang ada telinga untuk dengar rintihan kita.... masalah kita.....

6)  YANG TIADA ADA KEPENTINGAN POLITIK... YANG FAHAM sengsara rakyat... bukan sengsara boss politik.... YANG TIADA PERLU MENERIMA ARAHAN BOSS POLITIK, TETAPI MENERIMA ARAHAN DARI KAMU, YOU, ANDA DAN HANG.... kerana kamu, anda, you, hang adalah boss saya kerana kamu memileh saya untuk mewakili kamu dan bukan untuk saya ubah nasib dan tukar jam tangan.

7) Yang akan berlawan dan mempermudahkan warga niaga tepi jalan YANG BUKAN MAU KAYA TETAPI HANYA MAU HIDUP. Yang boleh berbincang dan menjaga nasib makcik dan pakcik yang mencari sesuap nasi ditepi jalan.....

8) Yang boleh dengar anda dan masalah anda.... serta anak anak anda, mak dan ayah anda.. atuk dan nenek anda... cucu dan cicit anda.... sentiasa prihatin mengenai mereka .... yang akan bawa suara kamu ke DUN tanpa takut kepada mana mana parti politik kerana mereka manusia juga seperti mu dan ku yang makan beras dan bukan makan besi.....

9) Yang akan mewakili anda dan BUKAN MEWAKILI POLITIK BOSS MEREKA...

10) YANG TIDAK AKAN BERUNDUR SELEPAS 2HB MAC 2019 DARI SEMENYIH.....

Saya mewakili kamu semua, cerita saya adalah cerita kamu dan bukan perjuangan politik... perjuangan kamu adalah hanya untuk hidup lebih senang... aman, bahagia bersama anak anak mu...  boleh ada orang dengar masalah kamu tatkala kamu di uji Tuhan.... panggilan talipon mudah di sambung dan bukan bunyi  the number you had dialed is out of coverage area..... dan mudah segala nya....

SAYA BERHARAP ANAK ANAK SEMENYIH dan RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA... tampil lah... kita pileh calon yang boleh mewakili kita... dan bukan mewakili boss politik mereka....

HIDUP MALAYSIA DAN HIDUP RAKYAT. Salam maaf dari saya sekiranya terguris hati semasa kempen saya.... KALAH DAN MENANG KITA, SAYA UCAPKAN SELAMAT MENGUNDI.... DAN SEMOGA SIHAT SELALU DAN CERIA SELALU. Mesti mau senyum.