Tidur Dengan Lampu Terbuka Menyebabkan Obesiti, Kajian Makmal Disamakan Pada Manusia

firaz
Adakah anda lebih suka tidur dengan lampu terbuka atau televisyen dipasang? fikirkan semula.

Kajian terkini yang melibatkan 43,722 wanita di US mendapati individu yang tidur dalam keadaan TV atau lampu terpasang dikaitkan dengan

✅ Peningkatan 5kg berat badan atau lebih
✅ Peningkatan risiko 10% BMI
✅ Risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.

Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi 'body clock" yang mengawal masa tidur- sedar manusia.

Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan,pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif merupakan punca utama obesiti.

Kredit: Public Health Malaysia