Install Apps Produk Muslim Untuk Memudahkan Pengguna Mengenalpasti Produk Muslim Sebelum Membeli

firaz
Laman sesawang industrimuslim.com ini akan dilancarkan pada 14hb September 2019.

Namun buat masa ini, Borang Pendaftaran Perusahaan Industri Muslim sudah diaktifkan.

Rakan-rakan dah boleh mula mendaftarkan perniagaan anda di sini. Boleh ke industrimuslim.com untuk melakukan pendaftaran.

Bagi fasa awal ini kami tidak memerlukan bantuan dana untuk menjayakan laman sesawang ini namun kami sebenarnya amat memerlukan kumpulan-kumpulan sukarelawan di setiap negeri ini untuk:

1. Bantu perusahaan mendaftar di direktori industrimuslim.com
2. Bantu pemeriksaan latarbelakang setiap perusahaan tersebut (apa yang perlu diperiksa akan di beri tahu kemudian).
3. Bantu masukkan dan kawal-selia data-data tersebut ke dalam direktori.
Klik gambar diatas untuk download apps ini. 

Untuk negeri yang besar, dapat wujudkan pasukan mengikut daerah adalah lebih molek.

Boleh 'cover' Industri Desa dan Warisan sekali.

Kalau ada yang berminat untuk 'lead' team di negeri masing-masing boleh hubungi kami.

Seelok-eloknya setiap kumpulan ini adalah Koperasi di setiap negeri tersebut. Kalau belum ada, kena usahakan bagi ada.

Bukan apa, kita nak kesemua perusahaan Muslim dan Bumiputera di setiap negeri ini menjadi 'affiliate' kepada Koperasi tu ke depan nanti. Bila jadi 'affiliate' Koperasi, senang mereka dimasukkan ke dalam ekosistem perusahaan yang akan dimasukkan nanti.
.

Untuk makluman ada 6 pecahan kategori Perusahaan Muslim dan Bumiputera:

1. PRODUK

- boleh jadi makanan, boleh jadi minuman, boleh jadi sabun basuh, boleh jadi ubat gigi dan sebagainya.

2. PERKHIDMATAN

- perpaipan, membaiki barangan elektronik, kontraktor ubahsuai, desain, kejururawatan, tutor dan sebagainya.

3. PREMIS

- kedai runcit, bengkel, showroom, butik, restoran dan sebagainya (kategori ni akan bertindan dengan kategori lain contohnya orang yang buat perkhidmatan juga ada kedai sendiri, daftar di bawah kedua-dua kategori).

4. PENGILANG

- sama ada pengeluar barangan ataupun kilang yang boleh buat OEM, pergudangan, pemprosesan, pembungkusan dan sebagainya.

5. PEMBEKAL

- membekal bahan mentah seperti daging dan sayur, membekal bahan kimia, membekal minyak hitam secara pukal dan sebagainya.

6. PROFESIONAL

- jururunding hartanah, peguam, penasihat kewangan dan sebagainya.
.

Mohon rakan-rakan C&P posting ini atau tekan butang SHARE untuk sebarluaskan mengenai borang pendaftaran industrimuslim.com ini di semua saluran media sosial yang ada seperti Whatsapp, Twitter, Telegram dsbnya supaya kita boleh kumpulkan semua data yang bertaburan kini di bawah satu bumbung.

Jika usaha ini berjaya kelak, InshaAllah bolehlah kita kongsikan data bersama dengan lebih mudah, berstruktur dan lebih bersistematik.

Jadi senanglah nak buat analisa pasaran ke depan nanti.

"BERSATU BERTAMBAH MUTU"

Sekian.
SHARE.