Ada 1 lagi benda yang saya nak kongsi, berkenaan tv.
Saya ada 2 buah tv Sony yang punyai masalah yang sama iaitu gambarnya terlalu terang dan cair. Hasil kajian pandai-pandai saya, saya tukar Tcon board, beli dari Lazada berharga RM80. Hasilnya mengecewakan, gambar tetap terlalu terang dan cair.
Saya bawa Tcon board tersebut serta tv ke bengkel tv rakan saya yang terletak di Bukit Belacan, Ampang.
Rakan saya telah menganalis keseluruhan board yang terdapat di dalam tv. Hasilnya, beliau telah kenalpasti ada 1 komponen dibahagian main board telah rosak. Tidak perlu ditukar komponen tersebut. Hanya dengan sedikit kemahiran, beliau telah membuat sambungan by pass ke atas salah satu komponen yang bernama, beliau pun tak tahu komponen itu bernama apa.
Hasilnya, tv saya kembali berseri bersinar seperti baru mendapat hidayah. Tcon board tak bersalah, menyesal saya tuduh beliau tanpa usul periksa.
Kos yang saya perlu bayar untuk kedua tv ini hanya RM200. Bagi saya ia tetap berbaloi kerana ilmu yang saya dapat dari rakan saya ini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Cuba tanya kedai baiki tv "si dia", ada tak dia nak berkongsi ilmu-ilmu macam ni?
Rakan saya ini hanya beroperasi di belakang rumah saja.
Adakah saya bersalah dan rasis jika saya menyokong perniagaan rakan saya ini, beliau hanya bergantung harap pada kemahiran yang beliau miliki untuk menyara 3 orang anak yang masih kecil?
#BMBF