Panduan Lengkap Solat Terawih Di Rumah Bagi Tahun 2020

firaz
PANDUAN SOLAT TERAWIKH DI RUMAH....

Para suami boleh belajar cara2nya..tak lama lagi dah nak ramadhan..nak terawih dekat masjid tak boleh kan PKP Covid19😢

Kalau artikel ni,ada yang salah boleh tegur,sama2 kita belajar.

Waktu Solat Tarawikh

Waktu solat sunat Tarawikh adalah selepas mengerjakan solat Isyak.

Solat Tarawih tidak semestinya perlu disegerakan selepas sahaja solat Isyak. Ia boleh dilakukan sepanjang malam antara Isyak dan sebelum masuknya waktu subuh.

Niat Solat Tarawih

Solat Tarawikh boleh dilakukan secara bersendirian ataupun secara berjemaah.

Niat Solat Tarawikh Bersendirian

Usolli Sunnatal Taraawih Rak’ataini Lillahi Ta’aala

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Niat Solat Tarawih Berjemaah

Niat menjadi Imam atau Makmun

Usolli Sunnatal Taraawih Rak’ataini Imaman/Makmuman Lillahi Ta’aala

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.”

Kaifiyat (cara) Solat Tarawih 8 Rakaat

Solat sunat Tarawih 8 rakaat boleh dilakukan dengan 4 salam.

Ia  ditunaikan pada  dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 8 rakaat. (2 rakaat X 4 salam)

Bacaan Surah Solat Tarawih 8 Rakaat

Tiada pengkhususan bacaan untuk Solat Tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang.

Namun, bagi mereka yang (sambung baca seterusnya disini)