1. Kalau korang 'pin location' tu biarlah pin betul-betul tepat kat rumah korang. kalau tersasar setakat kurang dari 10 meter, okay la... Boleh terima.
gambar sekadar hiasan |
Tapi kalau salah pin beza sampai 500 meter, tu haram jadah namanya.
2. Pastikan rumah korang ada Nombor rumah. Benda ni paling penting, kau jangan letak no rumah belakang pasu bunga. Letak tempat rider boleh nampak.
Kau ingat rider ada masa ke nak kira sebuah-sebuah rumah. Tak semua rider mahir, ada je rider baru setiap hari.
3. Kalau kau dah tahu order makan guna apps. Standby la siap-siap. Kan boleh agak masa. Ini tak, time tu la dia nak mandi. Time tu la dia nak cuci jamban. Time tu la dia nak tertidur.
Ini rider dah sampai pagar, baru kau nak cari tudung la, cari cermin mata la. Hmmmm... Paling teruk, bila rider call tak angkat.
Sambung Baca disini