Resepi Murtabak Mudah Dan Menyelerakan, Lebih Murah Berbanding Dipasaran

firaz
Disebabkan tiada Bazaar RAmadhan tahun ni, jom kita buat Murtabak di rumah.

Resepi Murtabak Mini

Bahan2
Kulit popia
isi ayam / daging di cincang
3 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar di potong dadu
Daun sup
Garam
Gula

Cara memasak inti
1. Tumis bawang yg dipotong dadu
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jgn lebih nanti inti lembik.
4. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.

Untuk balut murtabak
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
3. Balut dgn kulit popia. Sedia untuk di”murtabakkan” 🤣🤣

kredit: yanie mansor