Ada yang menyalahgunakan nama YG Brig. Jen. Dato Dr Mohd Radzi. Tujuan artikel ini menggunakan nama dan gambar beliau ialah untuk menambah kerohkan lagi apa yang memang telah keroh di antara rakyat Malaysia dengan pelarian Rohingya.
Saya musykil kenapa ada pihak yang sanggup membuat apa sahaja demi mencapai misi mereka menghalau Rohingya dari Malaysia?
Tidak terlupa juga baru-baru ini muncul beberapa akaun palsu pelarian Rohingya yang kononnya akaun-akaun FB ini membuat provokasi kepada rakyat Malaysia.
Saya kira ini sudah berlebihan daripada apa yang sepatutnya. Malah tiba-tiba muncul banyak video-video yang kononnya orang Rohingya, mengutuk-ngutuk Malaysia dengan pelbagai kata-kata kesat.
(Artikel Lengkap Baca Disini)