Resepi JERUK LADA Kekal Segar Dan Rangup Sesuai Untuk Bisnes Partime

firaz
JERUK LADA.. Adalah makanan sampingan penambah rasa yang menyelerakan terutama jika makan makanan bersup atau bergoreng.

Bagi mereka yang suka bertanam lada di halaman rumah juga boleh membuat jeruk lada untuk menambah pendapatan. Malah boleh mengelakkan lada dari pada membusuk dan kering. 

Berikut adalah cara untuk membuat jeruk lada yang rangup dan segar dengan begitu mudah. 

1. Basuh dahulu lada segar yang baru dipetik sebersihnya. 

2. Potong lada dengan ukuran yang sesuai. Tidak terlalu tebal dan juga tidak terlalu nipis. Yang sedang sedang sahaja.

3. Masukkan lada yang telah dipotong ke dalam botol yang bersih. Boleh juga menggunakan bekas plastik. 

4. Masukkan gula 2 sudu besar dan goncangkan botol yang tertutup supaya semua lada dan gula adalah sekata. Masukkan dalam peti sejuk selama 3 hari.
*2 sudu besar gula untuk size botol jem tinggi susu sejat*

5. Selepas hari ketiga, masukkan cuka makan separa lada yang dipotong. Pastikan tenggelam semuanya. Ingat jangan sesekali meletak air.

Siap dan sedia dimakan.