Gengster Berperang Tembak Menembak, Pelajar Sekolah Jadi Mangsa Langgar

firaz
0

Hari ini Banting Selangor dikejutkan dengan satu adegan tembak menembak yang disyaki melibatkan anggota gangster di Selangor.


Kejadian yang berlaku dekat dengan sebuah sekolah pada waktu petang yang cerah semasa pelajar sekolah bersiap untuk pulang ke rumah masing masing.


Mengikut maklumat netizen, daerah banting dan Klang memang kawasan gelap yang menjadi Port gangster melepak selepas kebanyakan gangster di Kuala Lumpur telah di kuasai oleh warga Bangladesh. 


Adegan tembak menembak berlaku antara 2 lelaki yang menunggang motosikal cuba menamatkan riwayat 2 lelaki berkereta BMW dengan menembak secara dekat. Terkejut dengan serangan tersebut, pemandu kereta cuba selamatkan diri dengan menekan minyak yang menyebabkan 3 pelajar sekolah yang sedang menunggu bus di langgar secara membabi buta.


Akibat daripada itu, 3 pelajar tersebut di di dapati mengalami kecederaan ringan dan trauma yang teruk dengan menangis teresak esak sambil di tenangkan oleh rakan dan guru yang bergegas keluar untuk melihat aksi tersebut.


Seorang saksi kejadian yang menamakan dirinya sebagai Along menyatakan kejadian berlaku amat pantas dan mengejutkan. Beliau yang sedang berbual dengan pelajar perempuan sekolah terbabit terkejut dengan situasi tersebut.


Hasil risikan mendapati bahawa pembunuh bermotosikal berjaya melarikan diri manakala mangsa berkereta cedera dan dibawa ke hospital.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)