Sejak peningkatan kes convid19 yang mendadak di seluruh negara, para pelajar yang sepatutnya mendaftar di Universiti masing-masing telah di arahkan untuk kembali ke rumah semula.
Perkara ini menyebabkan terdapat pelajar yang tidak berkemampuan terkandas di stesen bus dan keretapi kerana tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk kembali ke rumah semula.
Setelah viral isu pelajar terkandas maka berduyun duyung rakyat yang berkemampuan datang menghulurkan bantuan dengan cara dan kaedah tersendiri tanpa sebarang bayaran yang dikenakan.
Tidak terkecuali juga ikon masyarakat yang tidak pernah penat menghulurkan bantuan kepada masyarakat iaitu Ustaz Ebit Liew.
Menerusi laman sosial Facebook, UEL dikatakan telah menempah beberapa buah bas untuk pelajar pulang kerumah tanpa sebarang bayaran.
Malangnya usaha beliau dilihat mengundang masalah kesihatan dan sop dari sebuah universiti di utara negara.