Pelajar Sekolah Jana Income Puluh Ribu Ringgit Sebagai Dropship Di Shopee Sahaja

firaz
0

Shopee adalah platform e-commerce atau elektronik shopping mall yang paling popular di Malaysia kini. Dianggarkan hampir 500,000 rakyat Malaysia melayari apps shopee.com setiap hari untuk membeli produk yang di ingini.


Maka amat rugi lah para peniaga yang tidak menggunakan platform shopee untuk menjual produk mereka. Facebook.com Instagram.com Twitter.com adalah kaedah yang lapuk untuk menjual produk. Melainkan jika anda guna platform ads ok lah kan.


Kenapa shopee lebih baik dari platform media sosial seperti Facebook atau Instagram untuk menjual produk? Ini kerana orang yang mengunjungi shopee adalah untuk membeli produk bukan untuk bersosial up status dalam Facebook.

Sebab itu customer dalam FB atau IG perlu di belai manja untuk yakinkan mereka membeli produk anda. Tetapi di shopee anda hanya perlu pamerkan produk dan tunggu pembeli membeli tanpa perlu memujuk atau berdondang sayang dengan prospek dalam shopee.

Contohnya mekanik kereta tak perlu belai customer yang datang ke bengkel nya berbanding kiosk kecil yang memanggil customer yang hendak membeli barang di Tesco. So korang nak jadi mekanik atau penjual kiosk? Maka shopee adalah yang paling mudah.


MACAMANA NAK JADI DROPSHIP KAT SHOPEE? 


OK, Dropship pula adalah satu cara berniaga tanpa perlu memiliki produk di tangan atau bahasa bisnes di panggil "ready stock".

Tugas Dropshipper hanyalah iklankan produk dalam shopee dan tunggu produk di order oleh customer. 

Customer bayar duit pada anda, anda gunakan duit sendiri untuk order produk yang dikehendaki oleh customer dengan tokey produk. Pastikan alamat yang anda gunakan untuk shipping dari tokey tu adalah alamat customer anda.

Siap tugas anda, tokey pula akan bungkus produk anda order kepada customer anda berdasarkan alamat yang anda bagi tu. 

Faham dok lagi? Nak kena lukis ke?


MACAMANA NAK CARI TOKEY PRODUK UNTUK DROPSHIP?

Kaedah yang mudah sahaja. Masuk dalam apps shopee, search produk "Dropship". Maka akan keluar beribu tokey yang sudi mencari dropship seperti anda.

Contoh seperti gambar di bawah ini. Harga jualan hanya khas untuk dropship yang di lantik sahaja.


Faham tak lagi konsepnya? 

Ringkasannya. 

1. Anda daftar akaun shopee.com.my

2. Cari tokey produk untuk jadi dropship. 

3. Guna gambar atau info dari tokey produk untuk iklankan dalam shoppe seller. 

4.Tunggu dapat customer order. 

5.Bila ade customer order, duit akan pending dengan shopee. Maka gunakan duit sendiri untuk order dengan tokey produk guna alamat customer.

4. DONE, barang dapat kat pengguna, shopee akan release duit pending pada anda. 

5. Hujung bulan dapat puluh ribu ringgit. Senang ke susah? 

SELAMAT BERUSAHA, HANYA YANG PEMALAS SAHAJA AKAN GAGAL. 

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)