Thailand, negara yang memang popular dengan pelbagai menu masakan yang sedap pedas masam dan manis. Masakan Thailand memang diminati oleh seluruh pelusuk manusia hingga mereka di gelar sebagai negara syurga makanan.
So kali ini ada chef hotel lima bintang telah share resepi Daging Goreng Thailand yang masam manis pedas sesedap rasa yang mendapat beribu share dalam laman sosial Facebook beliau.
SELAMAT MENCUBA YUK.
RESEPI DAGING GORENG THAI
BAHAN-BAHAN
-Daging 800gm
-Biji ketumbar 4 sudu di tumbuk atau dikisar
-Bawang putih 3 ulas dihiris @ ditumbuk
-Lada hitam biji ditumbuk @dikisar
-Sos Tiram 2 sudu besar
-Garam secukup rasa
-Butter untuk menumis
( Gaul semua bahan - bahan dengan daging kecuali butter dan bawang putih- perap 30minit atau 2 jam
SOS
-Serbuk cili thai 3 sudu
-Gula kabung atau somtam 2 sudu jika tiada pakai gula putih
- 2sudu besar Beras yang digoreng atau disangai dan dikisar halus
-Air Limau Nipis 2 sudu
-Air asam. Jawa 2 sudu
-Sos Ikan atau sotong 2 sudu
-Daun ketumbar, bawang dan bawang merah kecil 3 ulas ( semua di potong kecil)