Saman Rm10,000 Bawa Peralatan Dagangan Guna Kenderaan Persendirian, Polis Kena Kecam

firaz
0

SALAH GUNA LESEN KENDERAAN MOTOR untuk membawa barangan dagangan adalah salah di sisi undang-undang negara. Lesen kenderaan persendirian hanyalah dibenarkan untuk kegunaan peribadi dan tidak dibenarkan untuk membawa peralatan untuk tujuan komersial atau perniagaan.


Mungkin ramai yang tidak tahu membawa barangan perdagangan menggunakan kenderaan milik persendirian dan tidak didaftarkan atas nama syarikat merupakan satu kesalahan. 


Tindakan tersebut telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menggunakan cukai jalan perdagangan pada kenderaan lain.


Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


sumber : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Kredit FB Polis Kedah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3863142923713004&id=178359478858052


Akibat perkongsian info tersebut, netizen telah mengecam admin Page sebelum diberi penjelasan sebenar oleh admin seperti dalam link yg disediakan diatas.

Terima kasih kepada admin yang memberikan Info yang tidak diketahui orang awam.

Kepada orang awam, jangan cepat melenting. Ilmu perlu dikongsi.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)