Dicerai Talak Tiga Selepas Positif Convid19 Hingga Keguguran Kandungan

firaz
0

Cerai adalah salah satu kaedah yang digunapakai untuk memutuskan hubungan antara lelaki dan perempuan bukan mahram yang sebelum ini adalah sah dan halal untuk hidup bersama di bawah satu bumbung.



Cerai adalah perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah. Oleh itu terdapat pelbagai cara dan kaedah yang perlu dilalui sebelum cerai di lafazkan oleh para suami.

Disebabkan itu, para suami perlu lah bertenang dan jangan buat sesuatu dalam keadaan marah atau gelojoh.

Sejak beberapa hari ini kes convid telah meningkat dengan mendadak yang dikatakan berpunca dari Pendatang Asing Tanpa Izin dari negara yang mempunyai kes aktif puluhan ribu sehari dan merentas masuk ke Sabah secara haram.


Lebih memburukkan lagi, Sabah perlu mengadakan pilihan raya negeri kerana perebutan kuasa memerintah yang berpunca dari aksi katak lompat melompat parti untuk mencari kuasa.

Akibatnya virus convid19 telah merebak ke semenanjung dengan menjangkiti seluruh negeri di semenanjung. Perkara ini telah menyebabkan 3 negeri diperintahkan untuk melaksanakan PKP Bersasar untuk menyekat penyebaran virus tersebut.

Berbalik kepada pasangan yang bercerai kerana convid19. Si isteri telah di sahkan positif selepas menjalani rawatan kerana keguguran anak. 


Hasil pemeriksaan SOP memasuki hospital, pesakit telah di sahkan positif convid19 tanpa gejala. Perkara ini memeningkan pasangan tersebut kerana mereka tidak mempunyai kontek rapat dengan pembawa virus tersebut.

Ini menunjukkan virus convid telah merebak di tempat yang kita tidak ketahui. Mungkin virus tersebut ade beterbangan di udara, mungkin ade di pemegang pintu, mungkin ade di kerusi. 

Oleh itu, setiap orang kena patuh pada prosedur kementerian kesihatan negara. Pakai mask, cuci tangan sanitizer dan jarakkan dengan orang lain.

Yang penting pastikan jangan sentuh tangan anda pada hidung atau muka sebelum membasuhnya dengan sabun.


Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)