Beberapa hari ini heboh negara dengan kes kes artis terperangkap bekerjasama dengan pihak ketiga untuk menjalankan bisnes cuci duit haram. Modus operandi mereka mudah, walaupun tiada customer mereka boleh buat fake customer setiap hari untuk memcuci duit haram jadi bersih hasil bisnes mereka.
Berikut pengalaman dan cara nak kenali ade pihak yang cuba menjalinkan kerjasama untuk cuci duit haram mereka. Biasanya tokey yang terlibat pastikan dari bisnes haram seperti dadah, judi dan sebagainya.
Hari ni Uncle dapat whatsapp, rasanya dia dapat nombor Uncle dekat fb. Kononnya nak ajak company Uncle collab.
Dengar je online casino terus Uncle reject. Ni tak lain tak bukan nak ajak cuci duit haram dia. Dia nak gunakan platform company yang ada banyak daily cash transaction. Kedai tayar, bengkel, kedai aksesori, kedai spare part, kedai makan, memang jadi tumpuan orang cuci duit.
Duit dia dari sumber yang tak sah, tapi dia nak declare duit tu sebagai duit dia. Kita ni kalau tiba-tiba bank in RM500k dalam akaun, memang banyak mata akan monitor akaun kita. Nak tengok pattern transaction kita. Kalau nampak abnormal, memang dia siasat dari mana duit tu datang. So cuci duit la cara paling selamat, tumpang akaun bisnes yang cash transaction banyak. Sehari 50 customer sebenar, 50 customer tipu. Tak kena tak apa la, kalau sekali kena, sampai tua dok dalam jail.
Silap orang la dia nak try. Uncle dah tengok cerita Ozark kot. Mula-mula memang la dia tolong gangster cuci duit, bila tak jadi apa semua baik. Bila polis dah start cari, gangster ugut bunuh kalau petik nama. Anak bini dia semua kena kidnap. Cerita Breaking Bad pun ada episod kisah car wash cuci duit hasil jual syabu. Fake invoice, fake transaction, fake customer, tapi duit masuk. Bila dah masuk, transfer balik pada owner asal duit haram tadi. Declare sebagai profit dia dalam bisnes. Ini kaedah tipikal. Cara ni dah basi, ramai dah yang kena tangkap dengan cara ni. Patut jadi pengajaran. Ingat la kawan-kawan yang berniaga, jangan terjebak dengan urusan money laundering ni. Mereka buat bisnes yang illegal, sebab tu tak berani guna akaun sendiri. Kalau kita tolong legalise duit mereka, bisnes mereka akan kekal hidup. Selalunya bisnes dia dua benda je, judi dengan dadah je. Kita nak ke biar dua bisnes ni subur dalam negara kita?
Ah ni semua kerja gila. Takpe la, sale slow pun takpe. Yang penting tak terlibat dengan benda gila ni.
Sumber asal di link ini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1206212239755554&id=100011003677267
Maka jangan lah anda terlibat dengan aktiviti seperti ini. Hanya mengundang masalah. Tak pasal pasal meringkuk dalam penjara sampai tua. Fuhhh.