KWSP Mampu Laksanakan i-Sinar, i-Lestari 2.0, Pengeluaran One-Off RM10,000 Buat Semua Ahli.
Apa pendapat anda?
Pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih mampu untuk mengeluarkan simpanannya sekali lagi tetapi haruslah dengan matlamat yang tepat.
Menurutnya, KWSP masih mampu melaksanakan i-Sinar 2.0 serta i-Lestari 2.0 walaupun harga saham agak rendah ketika ini.
Bagaimanapun, ia harus diteliti kerana kebanyakan golongan B40 sudah mengeluarkan hampir kesemua simpanan dan baki caruman kebanyakan mereka kurang daripada RM1,000.
Sumber: Sinar Harian via Xtra