Semoga urusan pakcik di permudahkan.. pagi tadi waktu nak bukak khemah berniga lalulah seorang pakcik ni berjalan sambil menunduk.. tergerak hati ini nak tegur., kemana pakcik... nak beli air..
Pakcik tu bagi tahu ia mencari kedai handphone kerana nak menjual handphone nya.. dia beri tahu dah 4 kali dia pergi bank Bsn sehari ke hari mencucuk kad ATM menantikan duit bantuan tak masuk- masuk lagi.., buntu dengan duit tak ada jadi dia mencari kedai handphone untuk menjualnya..
Pakcik tu baru lepas operation bekas jahitan di perutnya masih merah lagi ia menunjukkan kepada saya.. ya ALLAH tuhan menguji saya..
Saya baru bukak khemah dan masih belum ada jualan., itu bukan alasan untuk kita membantu orang yang kesusahan.. tampa memikir panjang dengan niat seikhlas hati lillahi Taala saya bantu jugak walaupun pakcik tu nak memberi handphone nya kepada saya dan saya mengatakan tak mengapalah pakcik..
Pakcik tu kata kepada saya.. Anak tak kenal pakcik macam mana boleh nak bantu pakcik.. saya pun menjawab tak apalah pakcik tuhan menguji saya dan melihat hati saya., Inshallah semoga di permudah urusan pakcik.. pakcik tu terus mengankat tangan dan mendoakan saya dalam keadaan sebak...
Ya ALLAH rupanya ada orang susah ada orang tak makan.. ada orang tak tahu kepada siapa ia nak mengadu.. bantulah mereka...
Sumber FB Kupit Fir