Warga Asing Masih Bekerja, Rakyat Sendiri Mengemis Kerana Lockdown

firaz
0

Saya baru selesai punggah barang bulanan ke bonet kereta di sebuah pasar raya.



Saya didekati seorang lelaki yg agak berumur.

.

Lelaki: Assalamualaikum Encik.

.

Saya: Waalaikumsalam

.

Lelaki: Saya tukang kasut kat kaki lima je.Segan saya nak cakap.Time PKP ni,saya tak boleh bukak service repair kasut saya.Dah sebulan saya bertahan ni Encik..Tapi hari ni saya betul² dah tak ada duit.Kot² Encik boleh sumbang nak bantu kelangsungan hidup saya ni.

.

Saya: Nah.Ambil ni (saya hulur sedikit yg saya tak perlu mention berapa amountnya).

.

Lelaki: Terima kasih Encik.Allah sahaja mampu balas budi baik Encik.Bila dah habis PKP nanti.Jumpa saya di depan kedai buku dibandar kalau Encik ada nak repair kasut ye.

.

Saya: Tak pe,semua orang susah sekarang ni.Mana saya mampu bantu, saya bantu.

.

Lelaki: Terima kasih Encik.

.

Lelaki tu pun berlalu pergi.Aku perhati lelaki tu dari jauh.

.

Dalam hati aku berkata "PKP lama lagi nak habis bang, saya doakan semoga Allah murahkan rezeki abang"

.

The End

.

Wahai pemimpin di atas! Kau bagi kilang² besar beroperasi. Tapi peniaga² kecik mcm abang ni kau tak bagi nak cari rezeki.

.

Kau sedar tak, 60%-70% pekerja kilang² besar tu warga asing??

.

Ni lah nasib rakyat marhaen kita time PKP "tipu²" ni.

.

Warga asing masih dapat gaji. Rakyat kita sampai mengemis di negara sendiri!

.

THE STRUGGLE IS REAL!

#IrARB

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)