CARA RENEW LESEN MEMANDU SECARA ONLINE
Tadi singgah JPJ kejap , ada kerja. Polis datang sebelum tu sebab ramai sangat orang kat JPJ.
Nak bagitahulah kepada pemilik kenderaan persendirian, sekarang ni roadtax kerajaan kasi free sampai 30/6/2021. Yang hangpa mengigal nak jugak roadtax pasaipaaaaa????
Saman JPJ yang boleh dikompaun pun tengah ada diskaun sampai 70% sehingga 30/6/2021.
Tu belum lagi yang beratur untuk lesen memandu sedangkan dah boleh renew lesen memandu secara dalam talian (online). Gi kat website JPJ, register MySikap untuk orang awam.
Takpelah kalau tak dapat lesen fizikal, ambik later lah, yang penting print siap-siap bukti dah renew. Polis pun dah ada device lah nak check lesen hangpa valid lagi ke tak. Kalau polis banyak cekadak, boleh semak lesen kat website (www.jpj.gov.my), tunjuk bukti dalam tu lesen hangpa sampai bila.
Semua di hujung jari ye.
Nanti cheq free , cheq ajar cara-cara nak register ID MySikap JPJ.
P/S : Actually MySikap ni bukan hanya boleh renew lesen, nak tukarhakmilik kenderaan pun sekarang kena online (untuk kenderaan persendirian), ada macam-macam lagi dalam tu.
Link www.jpj.gov.my
Sumber : Ani Azizah