Renew Lesen Dan Roadtax Sebelum 1 Oktober 2021 Elak Disaman JPJ

firaz
0

Peringatan kepada rakyat Malaysia yang belum baharui lesen memandu dan roadtax kenderaan yang dah lama mati tu. Segera perbaharui untuk mengelakkan di saman selepas 1 Oktober 2021.



Operasi pematuhan akan dilaksanakan bermula 1 Oktober 2021. Urusan perbaharui lesen dan roadtax boleh di buat di pejabat pos start bulan Ogos atau ke pejabat JPJ atau Myeg.


CARA PERBAHARUI LESEN DAN ROADTAX ONLINE BOLEH KLIK DISINI


SIARAN MEDIA 

PEMBAHARUAN LMM DAN LKM SEBELUM 30 SEPTEMBER 2021


Pemandu dan pemilik kenderan diingatkan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021.


Urusniaga pembaharuan LMM dan LKM boleh dilaksanakan secara atas talian melalui portal MySikap, atau di kaunter JPJ secara temujanji atau melalui rakan strategik JPJ iaitu Myeg dan Pos Malaysia (bermula 9 Ogos 2021).


Aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasa JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan bermula 1 Oktober 2021.






Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)