Bagi yang tak tahu berkenaan isu "anak kau miskin sebab tak pakai Smiggle" yang viral tu, meh saya jelaskan serba sedikit secara ringkas dan padat berkenaan Smiggle.
1. SMIGGLE ni syarikat gergasi yang menawarkan beberapa produk berupa alat kelengkapan persekolahan yg mula beroperasi di Melbourne, Australia pada tahun 2003.
2. Syarikat Smiggle mula masuk ke pasaran di Malaysia pada tahun 2016, sama tahun dengan di Hong Kong. Kalau dekat Singapura dia da masuk dari 2011 lagi. Maknanya orang Singapore dah rasa produk ni lama dari kita, tapi kita je baru nakeco.
3. Sasaran pengguna bagi barangan Smiggle ni ialah kanak-kanak, dan tak kurang juga orang dewasa yang obses dengan rupa atau kecomelan sesuatu produk kerana produk Smiggle ni warna dia semua jenis terang, colour blocking, warna yang menyerlah, dan rekabentuk dia comel macam awaa.
4. Rangkaian produk dia majoritinya berasaskan barang sekolah dan aksesori, serta gadget (lebih kepada barangan kanak-kanak) macam bag, pensel case, botol air, dompet, alat tulis, jam tangan, headphone, dan ada juga perhiasan macam rantai, gelang, anting-anting.
5. Bukan itu sahaja, Smiggle juga mengembangkan produk mereka dengan menyediakan produk DIY, ada produk untuk pembelajaran dan permainan. Senang kata barang dia untuk tarik minat budak-budak belajar dan pergi sekolah. Mungkin ini salah satu inisiatif pengasas produk Smiggle --menjadikan pembelajaran anak anda ceria dan berkesan kerana kanak-kanak sangat teruja dengan warna dan bentuk.
Kredit Personal Facebook Nurainina Akmal