Umum mengetahui artis USA Justin Bieber akan mengadakan konsert jelajah ke Asia selepas du tahun dua mengalami kemurungan akibat pandemik virus covid sejak ditemui pada bulan Nov 2019.
Sejak tersebarnya berita bahawa JB telah memilih Kuala Lumpur Malaysia sebagai salah satu destinasi jelajah konsert. Maka penerimaan rakyat Malaysia bercampur suka duka untuk menanti fasa endemik pada 1 April 2022 ini.
Timbul lah pula isu haram halal konsert yang akan diadakan nanti. Ada pula agamawan membandingkan konsert yang ramai dengan program mengaji Al-Quran yang sedikit.
Apabila ada agamawan mula bermain naratif halal haram bila buat sesuatu dan dibandingkan dengan kesuraman kehadiran jemaah ke masjid. Maka ini menunjukkan rakyat malaysia telah kembali ke kehidupan normal sebelum serangan covid19.
Berbulan-bulan rakyat dikenakan dengan syarat ketat untuk ke masjid termasuk dengan syarat vaksin lengkap termasuk dos penggalak sebagai syarat layak masuk ke masjid. Kini mereka mula menggunakan halal haram untuk menjustifikasikan kejadian rakyat ke masjid.
Ya tuan puan. Kita dah kembali ke kehidupan normal seperti sebelum covid19. Selamat bergembira. Vaksin telah berjaya mengurangkan bahaya covid19. Ade duit silakan ke konsert tapi solat jangan lupa.