Resepi Nasi Minyak Simple Menu Berbuka Puasa Ramadhan

firaz
0

Bulan ramadhan telah tiba untuk disambut bersama sama ahli keluarga. Bagi hari pertama berbuka puasa pasti ahli keluarga akan berkumpul beramai ramai untuk berbuka puasa.



Jadi menu apa yang sesuai untuk berbuka puasa. Menu utama tentulah nasi minyak gulai daging amat sesuai untuk jadi menu utama. Mudah dan simple.



-  NASI MINYAK SIMPLE  -


-  3  cawan beras basmathi

-  1/2 cawan margerin/planta

-  3 1/2 cawan air

-  1 cawan susu cair

-  2 kuntum bunga lawang

-  2 batang kulit kayu manis

-  3 biji buah pelaga

-  2 helai daun pandan

-   garam secukupnya

-  1 kuib stok ayam

-  Pewarna kuning



BAHAN KISAR:


-  6 biji bawang merag

-  3 ulas bawang putih

-  1 cm halia


BAHAN HIASAN:


-  bawang goreng

-  daun bawang dihiris


CARA :


1.  Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.


2.  Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.


3.  Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.


4.  Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.


5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!


                     -  DAGING BERIANI -


-  1 kilo daging ( rebus hingga lembut )

-  1/2cawan minyak

-  1 cawan air

-  125 gm rempah beriani ( agak-agak )

-  2 tangkai daun ketumbar 

-  sedikit garam

-  2 biji kentang dipotong 4

-  sedikit susu cair ( agak2 )

-  2 sudu cili kisar


BAHAN KISAR:


-  7 biji bawang merah

-  5 ulas bawang putih

-  3 labu bawang besar

-  1 1/2 cm halia


CARA :


1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.


2.  Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!


                   -  SELAMAT MENCUBA -


kredit: angah izan

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)