Kaklong pun taktau.. apaa yang buat bil sampi 290-300 sebulan. Barang elektrik lain pun bukan guna selalu. Macam seterika, lampu luar rumah pun dah lama takde. Dryer pun dah 3 bulan tak gune sebab rosak.
Entah lah.. pening tgk bil.. rumah bukan besar pun. 3 bilik. 2 je guna... bilik baju tu bukan buka lampu atau guna apa2 lektrik kat dalam. Caj RM600 tu bil kami 2 bulan. korang ade macam ni jugak ke ðŸ˜
10 Cara Kurangkan Bil Elektrik Yang Mahal .
Salah sendiri... Ini 5 sebab bil elektrik mencanak naik tanpa .
Rumah kami ni hanya ada
1 aircond, (tak hidup sampai 24jam pun sehari)
1 smart TV yang jarang di buka
1 peti sejuk
1 coway
1 mesin basuh yang guna seminggu 2 kali saja
dan beberapa biji lampu yang tak pernah on 24 jam sehari.
Kredit : Nur Habibi Qalbi
Punca Bil Elektrik Rumah Tinggi Kerana TNB?
Bil elektrik tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti penggunaan peralatan elektrik yang banyak atau lama, tempoh bacaan bil yang melebihi 31 hari, bil anggaran yang diselaraskan dengan bacaan meter sebenar, atau meter elektrik yang rosak.
Antara peralatan elektrik yang menggunakan kuasa tinggi adalah penghawa dingin, cerek elektrik, komputer riba, televisyen dan sistem permainan video³. Oleh itu, untuk mengurangkan bil elektrik, anda boleh melakukan beberapa langkah mudah seperti:
- Matikan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan
- Selenggara penghawa dingin dengan kerap dan bersihkan tapisan udaranya
- Elak cahaya matahari memasuki rumah dengan menggunakan tirai atau pelekat 'tinted'
- Tutup suis alat elektronik yang tidak digunakan
- Gunakan panel suria jika mampu