Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
Di bawah skim ini, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI. Skim ini akan bermula pada 15 Jun 2023 dan melibatkan 10 daerah di seluruh negara.
(1) Skim Perubatan Madani: Semakan Kelayakan & Rawatan Percuma
(3) PERMOHONAN SKIM PERUBATAN MADANI (Golongan B40)
(4) PENERIMA STR BOLEH DAPATKAN RAWATAN SKIM PERUBATAN MADANI BERMULA 15
Rawatan yang ditawarkan merangkumi demam dan selsema, cirit-birit dan muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan lain-lain. Rawatan yang tidak termasuk adalah imunisasi rutin, saringan kesihatan, rawatan susulan, perancangan keluarga, permintaan ubat tanpa konsultasi doktor dan lain-lain.
Kelayakan untuk skim ini adalah secara automatik bagi penerima STR yang berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. Mereka yang layak perlu membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak menerima manfaat yang sama atau serupa daripada skim lain.
Manfaat rawatan bagi skim ini adalah sehingga RM250 bagi isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi bujang. Manfaat ini akan ditolak selepas setiap lawatan ke klinik.