Cara Memilih Menu Makanan Untuk Berniaga Dari Rumah Katenya.

firaz
0

Aku share dan listkan 3 kriteria memilih menu makanan untuk di jual samada di restoran/cafe/bisnes dari rumah.Kriteria no 2 paling penting dan ko kena baca sampai habis:



1. Pilih menu yang sudah di kenali dan di gemari.Menu nasi arab ni tak perlu kita nak explain dekat bakal customer kita,memang orang kebanyakan ada knowledge about product yang mana kita tak perlu nak cakap nasi arab ni dari beras basmathi sekian sekian.

Orang mmg well known dah dengan menu ni.Dan paling penting menu ni di gemari oleh pelanggan dekat malaysia ni.Ada potential untuk sustain dan boleh generate profit in future.


2. Criteria kedua yang kita lihat adalah, menu nasi arab ni mudah untuk di masak,tidak perlukan ramai staff,mudah di urus dengan flow yang betul,mudah nak cari bekalan bahan mentah di sekitar pasar sahaja.

Tambah kalau dah belajar teknik teknik yang dah di ajar di kelas,memang terbukti mudah dan senang.Que list customer di kedai pun tak lama menunggu untuk dapatkan makanan.

Dan paling penting tidak berlaku banyak wastage dimana kita tahu macam mana nak buat kalau tak habis jual dan sebagainya.Maklumlah nak cari staff bidang f & b ni memang ketara agak susah.


3. Kriteria last ni adalah margin untung.

Thats why kita memilih menu nasi arab sebagai bisnes ni sebab salah satu criterianya adalah margin untung yang lebih tinggi.Dia ada “market value” tersendiri.


Atas sebab tiga ni lah kenapa aku memang focus untuk peserta kelas nak niaga, mula dengan bisnes nasi arab dulu sebelum cari menu menu yang agak complicated untuk di sediakan di kitchen.


Atas faktor tersebut, ramai yang masih bertahan niaga nasi arab sejak 3-4 tahun lepas sampai la ni.Cuma bisnes ni bukan untuk semua orang, yang kental dan tak putus asa boleh masuk “berperang” nanti.Yang terasa berangan masuk dunia bisnes ni sebab nak ada banyak masa,lupakan sahaja hasrat tu hehehe.


#bisnesnasiarab

#ticersue

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)