Mohon Segera Kad Diskaun Rahmah Bagi Pengusaha Menu Rahmah Sekarang

firaz
0

KAD DISKAUN KHAS BAGI PENGUSAHA MENU RAHMAH



Semua pengusaha restoran dan kedai makan yang berminat untuk menawarkan Menu RAHMAH bolehlah mendaftar segera di pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/ dan menikmati diskaun khas ini kelak.


Penawaran Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH ini merupakan program rintis bersama di antara Kementerian dan pemain industri dalam sektor perdagangan dan pengedaran khusus buat pengusaha-pengusaha Menu RAHMAH di seluruh negara. 



KPDN menghargai komitmen enam buah pasar raya yang telah bersetuju untuk terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini iaitu pasar raya AEON BiG, Econsave, Giant, Lotus’s, Mydin serta NSK. Pasar raya-pasar raya ini akan menawarkan kadar diskaun sehingga 40 peratus terhadap 5,000 stock keeping unit (SKU); tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pasar raya.


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-8882 5881/5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my


#KPDN #menurahmah #kaddiskaunkhas

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)