Proton S70 Promosi Hanya 500 sebulan, Gaji 1500 Pun Layak Weh?

firaz
0

Basic RM1,500 tak payah lah pakai kereta RM70k++ ni. Sedap merasa hari pertama, lepastu merana sepanjang 9 tahun.



Nanti xde duit nak renew road tax, insurance, tayar bocor kena paku, maintenance; mulalah nak complain dekat socmed "kenapa maintenance mahal?". Bukan tak pernah berlaku pun, ada orang tu beli VW Tiguan lepastu complain service mahal. Mampu beli (pakai loan) tapi x mampu pakai tu. 


Proton S70 adalah sebuah sedan yang dilancarkan pada tahun 2023. Kereta ini mempunyai enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo jenis port-injection, dengan hamburan kuasa 150 PS dan daya kilas 226 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan ³. 

Terdapat tiga mod pemanduan iaitu Eco, Sport dan juga Comfort ³. Kereta ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Autonomous Emergency Braking (AEB) and Forward Collision Warning (FCW), Rear Collision Warning (RCW), Adaptive Cruise Control (ACC) with Stop and Go, Intelligent Cruise Control (ICC), 

Lane Departure Warning (LDW), Lane Departure Prevention (LDP), Lane Centering Control (LCC), Traffic Sign Information (TSI), Lane Change Assist (LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Intelligent High Beam Control (IHBC), Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Electric Parking Brake with Auto Brake Hold, dan 6 SRS Airbags ¹.

Kereta ini juga dilengkapi dengan 12.3” Infotainment Head Unit Floating touchscreen monitor yang menyediakan akses mudah ke ciri-ciri penting ¹. Terdapat juga 5 USB Ports dan Wireless Charger ¹. Harga kereta ini bermula dari RM 73,800 ¹.



Jangan ambil beban yang x perlu. Ingat, it's you alone vs the marketing and sales team of these companies. Brand Proton ni OK je, I'm not criticizing the car, but the salesmen? Well they are NOT your friends. So fikir baik² sebelum ambil tindakan.


Apakejadah la ajak orang gaji RM1,500 angkat S70. Kalau ada cash in hand (untuk bayar deposit tinggi) pun simpan je lah, mana tahu rezeki RM1,500/m tu terputus ke, takde la kena cari kerja baru sambil fikir cara nak bayar hutang kereta Sedan "Segment C" dari China ni 😭😎👍😅

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)