New year 2024, Mengapa geng RXZ memilih THAILAND sebagai destinasi konvoi?
Pemerhatian 90% geng RXZ ride ke THAILAND bersama rakan-rakan & keluarga.
Tahniah setiap team yg berjaya menguruskan dari awal hingga akhirnya. Bukan senang nk urus berpuluh beratus orang untuk urusan sempadan negara, penyediaan passport, geran ori, roadtax, insurans, money changer, sim kad, penginapan dll.
Tahniah kepada team Sofea Racing, Iron Maiden, Cross Fire, Love Hunter, Rojak Racing, Gagak Hitam, Adu Kalam, Garang Garage, Nite Rider, Sex Pistol, Rider Ganaration, Ladies Road, Speed Lover, Isabella, Full Throttle, Two Wheel, Speed Less dll (Maaf kepada team lain kalau saya x sempat sebut)
Kami ride cuma luang masa bersama kawan-kawan baru & lama, kawan-kawan dekat & jauh, menjaga ukhwah & menyambung silaturrahim, dalam masa sama boleh belajar mengajar mengamalkan solat jamak & qasar.
SubhanAllah Alhamdulillah Allahhuakbar
Kami juga ride untuk hilangkan tension setelah berkerja kerana dari latar dikalangan kami dari pelbagai kerjaya dari profesional di sektor swasta & juga kakitangan kerajaan seperti engineer, arkitek, doktor, pasukan uniform, medik, kontraktor, bisnesman, peniaga, seller, runner & sebagainya
Masa ride kita ride
Masa kerja kita berkerja
Persiapan diperlukan oleh pengurusan sekitar 3 hingga 6 bulan sebelum ride seperti servey route, homestay/ hotel, kedai makan dll. Manakala dari peserta membuat persiapan pada diri sepeti duit belanja disana, kesihatan, kelulusan cuti, insurans dll.
Bagi jentera ada yg kena servis & repair bagi memastikan bagi berkeadaan terbaik
Okey ceritanya perbezaan disana sangat mesra pelancong dari segi kedai makan, hotel/ homestay, polis/ askar dll.
Fasiliti seperti jalanraya sangat berbeza amat selamat & selesa, contoh di bandar Hatyai ada menyediakan teksi/ tut tut serta sewa motosikal disediakan dengan kadar yg murah.
Kedai makan mudah didapati disepanjang jalanraya, semuanya sedap & murah. Mereka sangat welcome/ friendly, air mineral dh siap terhidang, ais kering & air kosong satu jug sekurang-kurangnya sampai dimeja terus boleh basah tekak. Ruang parking yg lapang tersedia tandas yg bersih lagi selesa, surau/ masjid berdekatan. Alang-alang sekali berhenti selesai 4 atau 5 perkara.
7E merata di sepanjang jalanraya penuh dengan barang keperluan & makanan halal untuk mengisi perut serta buah tangan sebelum pulang ke Malaysia.
Kenapa THAILAND menjadi pilihan?
Dihati kami kerana Malaysia sangat tidak selamat kerana asyik roblok, pukat, saman, sita, balai cerita. Kalau nk operasi, kita ada 365 hari setahun.
Mengapa memilih hari geng motor ride, terus operasi kaw-kaw tanpa belas kasihan & simpati?
Kalau betul nk buat operasi, kenapa x buat setiap hari sepanjang setahun? Gaji dibayar setiap bulan kan mengikut kiraan hari dalam sebulan? (maaf agak teremosi)
Kami sanggup beratur berjam-jam hadap birokrasi negara dari hadap roblok & pukat tuan di Malaysia
Kesalahan kami biasanya cuma gagal menampal plet hadapan & tiada side mirror
Lesen ada✅
Cukai jalan hidup✅
Besar sangatkan jenayah kesalahan kami?
Sasaran pada kesalahan lalu lintas atau mensasarkan geng motor sahaja? Ohhh ye la pengguna jalanraya lain tidak membuat kesalahankah?
Memandu dalam keadaan mabuk✅
Tiada cukai jalan✅
Tiada lesen memandu✅
Tidak memakai seat belt✅
Memandu melebihi had laju✅
Cermin gelap✅
Wrong way✅
Banyak lagi la kan tapi sendiri faham okey
Ye la kami budak motor/ mat rempit ape lah sangat.
Anggaran 3000 telah menyediakan RM2000 untuk perbelanjaan makan, minum, hotel, repair motor dll..
Total lebih kurang RM6,000,000.00 (Ringgit Malaysia 6 Juta)
Sekiranya Malaysia mengambil pendekatan yg lebih baik atau lebih mesra memudahkan urusan, percayalah kitaran ekonomi Malaysia lebih baik dari sekarang.
Perkara ini telah berlarutan terlalu lama, makin tahun semakin merudum suramnya. Sampai bila terus membiarkan dengan perkara seremeh ini untuk diselesaikan?
Kami tiada kepala/ ketua/ presiden, cuma ada ketua setiap team sahaja, setahun paling banyak kami ride terbesar seperti ini 3 kali sahaja (New Year, 1 Mei & 31 Ogos atau 16 September Hari Malaysia)
Bayangkan 3 kali setahun tu masuk kt Penang, Port Dickson & Langkawi?
Ekonomi meningkat secara automatik, ye la kedai makan penuh, homestay/ hotel penuh, kedai sparepart penuh, kedai cenderahati penuh, jual ape pun dikalangan kami akan ambik & membeli
Maafkan kami peniaga & pengusaha semua, bukan kami tak nak kesana
Langkawi pukat✅
Penang pukat✅
Port Dickson pukat✅
Kuala Terengganu pukat✅
Melaka pukat✅
Di Thailand, setiap jalan utama ada roblok secara permanent (kekal). Ada polis berserta askar bersenjata lagi, ada yg tahan tapi kebanyakkan sikit pun x menahan kami. Paling tidak pun polis disana tahan ingat nk saman, tapi bagi air mineral & menasihati kami supaya berhati-hati di jalanraya, datang la lagi, disini selamat, makanan & tempat tidur yg murah lagi selesa.
Sebelum tamatkan penulisan ini jom sama-sama kira jap, RM6,000,000.00 (Ringgit Malaysia 6 Juta) darab 3 kali setahun, total RM18,000,000.00 (Ringgit Malaysia 18 Juta). Lepas ni wilayah mana kita nk suntik ekonomi? Yang pasti THAILAND lagi🇹ðŸ‡
Terima kasih THAILAND, layanan anda jauh sangat berbeza dengan kami
-setuju sila share-