Tanpa Sentuhan Syamsul Yusof, Movie Pendekar Awang Tidak Sehebat Movie Mat Kilau?

firaz
0

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah adalah sebuah filem aksi dan drama yang akan ditayangkan di Malaysia pada 11 Januari 2024.


TONTON MOVIE KLIK SINI


Filem ini adalah kesinambungan kepada filem Mat Kilau dan mengisahkan tentang keberanian dan pengorbanan pahlawan-pahlawan Melayu membebaskan bumi tanah tumpah kita.


Filem ini dibintangi oleh Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Heliza Helmi, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Amir Ahnaf, Hazwani Helmi, Nam Ron, Tissa Biani, Ali Karimi dan ramai lagi barisan pelakon terkenal.


Dalam filem ini, British mengetahui bahawa Tok Gajah bercadang untuk pergi ke Terengganu untuk mencari sokongan daripada Sultan dan pahlawan Melayu Terengganu.


British memerintahkan penangkapan dan pemusnahan Tok Gajah dan pengikutnya. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong dan memastikan Tok Gajah selamat meninggalkan Pahang ke Terengganu.


Awang menghadapi pelbagai rintangan dan pertempuran dengan tentera British yang dipimpin oleh Captain Syers. Adakah Awang berjaya mengalahkan Captain Syers kali ini?


Menurut sumber yang saya temui, filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah adalah kesinambungan kepada filem Mat Kilau dan diinspirasikan daripada kisah sebenar. Walau bagaimanapun, hanya kerangka filem ini yang menggunakan fakta kisah benar dan selebihnya dihasilkan dalam bentuk fiksyen .

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)