Rayuan BRIM Kini Di Buka Kepada Pemohon Yang Gagal Sebelum Ini

firaz
BRIM atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang telah dilancarkan beberapa tahun lepas kini dibuka semula untuk pemohon yang ingin merayu setelah gagal dalam permohonan pertama pada bulan Mac 2018 lepas. Ramai pemohon yang gagal disebabkan maklumat permohonan yang tidak lengkap atau pendapatan bulanan yang melebihi RM3000 kini boleh membuat rayuan semula mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan kerajaan.

Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula 02 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 (tertakluk pada pindaan). Sila klik disini untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan.

Permohonan Rayuan BR1M 2018 secara dalam talian boleh dibuat mulai 13 April 2018 (Jumaat) hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja.


Syarat Rayuan BRIM

STATUS TIDAK LULUS YANG DIBENARKAN UNTUK PERMOHONAN RAYUAN BR1M 2018 SECARA DALAM TALIAN BIL. KOD TIDAK LULUS ALASAN TIDAK LULUS

1.Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000

2.Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000

3.Pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

4.Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada borang melebihi RM4,000

5.Pendapatan bulanan yang dilaporkan melebihi RM2,000

Nota: Permohonan Rayuan BR1M 2018 secara dalam talian dibenarkan untuk pemohon berstatus tidak lulus dengan satu (1) Kod Alasan Tidak Lulus seperti di atas sahaja. Maklumat Lanjut Klik Disini