Haram Berjual Beli Cacing Atau Serangga Yang Tidak Bermanfaat.

BLogTips
0

JUAL BELI CACING & ULAT UNTUK MEMANCING

Soal :

Adakah harus jual beli cacing atau ulat-ulat untuk dijadikan umpan memancing seperti yang banyak terdapat pada kedai pancing?

Jawab:

Hukumnya bergantung kepada tujuan dan manafaat. Antara syarat sah barangan yang dijual belikan hendaklah ia mempunyai menafaat.
Jika tidak ada menafaat maka tidak harus jual belinya. Begitu jika jual beli untuk dimakan olih manusia maka hukumnya haram dan tidak sah jual beli.

Tersebut pada Kitab Ensaiklopedia Fiqah :

اتفق الفقهاء على عدم جواز بيع الحشرات التي لا نفع فيها، إذ يشترط في المبيع أن يكون منتفعا به

Artinya : “Telah sepakat para fuqahak atas ketiadaan harus jual beli serangga dan ulat yang tiada menafaat dengannya. Ini adalah kerana disyaratkan pada sah barangan jual beli bahawa wujud menafaat dengannya.”

Tetapi jika ulat atau cacing itu digunakan untuk memancing ikan maka ia diharuskan kerana ada padanya menafaat yaitu sebagai umpan.

Menyebut olih Syeikh Abdul Rahman Al-Juzairi :

وَكَذلِكَ يَصِحُّ بَيْعُ الْحَشَرَاتِ وَالْهَوَامِ كَالْحَيَّاتِ وَالْعَقَارِبِ إِذَا كَانَ يُنْتَفَعُ بِهَا

Artinya : “Dan seperti demikian itu sah jualbeli serangga, haiwan merayap, ular dan kala apabila ada padanya menafaat.” (Kitab Al-Fiqh ‘Ala Mazahibil Arba’ah)

Dan tersebut pada Kitab Ensaiklopedia Fiqah :

أما إذا وجد من الحشرات ما فيه منفعة، فإنه يجوز بيعه

Artinya : “Adapun apabila ada dari serangga itu menafaat maka sungguhnya harus jualbelinya.”

وقال الحنابلة: بجواز بيع الديدان لصيد السمك

artinya : “Dan berkata ulama mazhab Hambali harus jual beli ulat-ulat untuk tujuan memancing.” (Ensaiklopedia Fiqah)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)