Resepi Nasi Kandaq Mamak Kaw Serta Ayam Goreng Berempah Rangup

BLogTips
0

RESEPI NASI KANDAQ MAMAK
Resepi Kuah Kari Kaw Taruk Atas ( kosong, tanpa ikan@ayam@daging)

2 paket kecil serbuk rempah kari daging
2 paket kecil serbuk rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
( semua rempah & serbuk2 dicampur dan gaul dengan air 1/2 cawan, kacau sebati)

Bahan2 kisar:
1 biji bwg besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

2 ketul kiub pati ayam
Gula
Garam
Air asam jawa
Air secukup nya
Minyak 3/4 cawan
Bahan2 tumis:
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba campur

Cara2:
Panaskan minyak dlm periuk...bila panas tumis bahan2 tumis hingga naik bau..

kemudian masukkan bahan2 kisar tadi...Bila dah harum masukkan rempah2 dan serbuk cili & kunyit yg dah di bancuh tadi..

kemudian kacau2 hingga naik minyak..bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya maka segera tambahkan air...Biarkan ia mendidih hingga sedikit kering,kemudian tambah lagi air dan biarkan ia mendidih sekali lagi.. Proses ni yg akan menyedapkan kuah kari..

Selepas itu masukkan kiub pati ayam,gula, garam, pes asam jawa adabi 1/2 sudu besar atau kalau guna air asam jawa pekat letaklah 1 sudu besar..

Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap... last sekali bila hampir selesai boleh bubuh lagi daun kari.. Rasa dulu sblm selesai kan masak ye..


Dah siap kuah mamak dan boleh taruk atas nasi @ ayam.

resepi kuah mamak ini hanya perlu buat jika anda buat ayam goreng mamak atau berempah sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari mamak lagi ye..
Kari mamak ini juga jika suka anda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan rempah dah masak tadi... Baru masukkan air.


P/s : kpd penggemar kaki ayam.. boleh juga masukkan kaki2 ayam sahaja dalam kari kaw ni..untuk beri perisa yg lebih ummpphh pada kuahnya...🤗


Ayam goreng mamak
Bahan2 ayam goreng mamak:
1 ekor ayam - dipotong 8 & dicuci bersih
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil lada sulah
1 biji limau nipis
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Minyak yg banyak utk menggoreng

Cara2:
Gaulkan tepung jagung, tepung beras bersama bawang putih dan halia...Gaul rata...

Masukkan serbuk kari,serbuk cili, serbuk kunyit,lada sulah, garam, gula dan perahan air limau nipis... Kacau rata...

Masukkan ayam dan sedikit air...Perap selama 20- 30minit...

Gorengkan ayam secara deep fry ye...mula2 masukkan ayam pastikan minyak betul2 dah panas.. lepas ayam dah masuk perlahankan api dan gorengkan hingga garing.. angkat & toskan...siap untuk dihidangkan.. saya suka goreng size besar..lepas goreng saya kerat2kan.. ala2 macam kat kedai mamak..😘❤️️👍🏻

Bahan2 pelengkap menu:
Nasi putih
Telur rebus
Bendi -celur
Poppadom

Pemilik Resepi - Adnilsam Apat (mahn)

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)