7 Senarai Movie Yang Ada Genre dan Vibes Macam Movie Squid Game dan Alice In Borderland

firaz
0

SUKA GENRE SURVIVAL GAME? Minat movie seperti “Squid Game” dan “Alice in Borderland”? Ini dia senarai 7 Filem Jepang bawa genre dan vibes sama! Aksi survival yang banyak menumpahkan darah.



Namun begitu movie ini Hanya sesuai untuk tontonan 🔞🔞🔞 dewasa kerana terlalu ganas dan aksi bogel bogel tidak sesuai untuk kanak kanak riang. Boleh cari movie nie dalam telegram movie atau request dengan admin movie atau kalau apps movie berbayar yang halal. Selamat menonton.


1. BATTLE ROYALE

Watch Movie here


THE BEST SURVIVAL GAME FROM JAPAN!! MASTERPIECE!! SUPER CULT CLASSIC THRILLER SLASHER GORE!

"One of the best and most violent genre films ever made."


42 pelajar diculik, dibawa ke sebuah Pulau terpencil, dipakaikan rantai alat pengesan di leher.  Kemudian tanpa rela dipaksa saling membunuh dengan rakan kelas sendiri. Hanya seorang sahaja yang akan selamat.


Dalam masa 3 hari, jika tiada pemenang juga maka semua akan mati, rantai leher yang mereka pakai dipasang bom jangka dan akan meledak bila² masa sahaja.


Bagaimanakah 42 pelajar ini boleh terperangkap di pulau tersebut? Siapakah antara mereka yang hati kering akan memulakan pembunuhan tersebut? Semua akan mati akhirnya atau ada yang dapat menyelamatkan diri?


2. AS THE GOD WILL

Watch Movie here


Shun Takahata cuma seorang pelajar sekolah tinggi biasa. Suatu hari, dia dan rakan sekelasnya dipaksa main game kematian. 


Kalau ada yang bercakap atau masa bergerak semasa boneka kayu tradisional Jepun tu pusing, pecah kepala jawabnya. 


Tanpa mengetahui siapa dalang di sebalik game ni, Takahata tiada pilihan lain selain cuba menang bagi bertahan hidup.


3. JOKER GAME

Watch movie here

7 gadis yang kalah dalam satu permainan ini dikumpulkan di suatu tempat.

 

Mereka harus menyertai "Escape Game of Death". Ketujuh-tujuh mereka yang dikurung dalam sebuah bilik kena cari klu tersembunyi dan saling bekerjasama untuk larikan diri.


Tapi disebabkan perangkap, mangsa pertama pun muncul…


4. KAIJI: THE ULTIMATE GAMBLER

Watch movie here

Ito Kaiji, seorang pemuda yang merantau ke Tokyo lepas tamat sekolah. Di kota besar itu, dia buat perangai berjudi sambil layan hobinya mengumpat orang kaya. 


Suatu hari, dia rosakkan kereta orang. Ternyata tuan punya kereta tu, Endo merupakan seorang pengutip hutang. Habislah dia….


Kalau nak hutangnya lunas, Kaiji kena join satu game ni. Kalau kalah, Kaiji harus menghabiskan hidupnya jadi buruh paksa atau hamba di bawah tanah.


Sekiranya nak keluar dari sana pula, ada satu permainan lagi yang melibatkan nyawa. Berjayakah Kaiji selesaikan hutangnya dan keluar hidup-hidup?


5. FRIENDS GAME

Watch movie here

Kali ini bukan nyawa jadi taruhan tapi persahabatan. Pengkhianatan antara sahabat yang mencetuskan api pertengkaran akan menyebabkan kekalahan dalam permainan ini. 


Ryo Yoshizawa, terseret ke dalam permainan ini bersama dengan 4 sahabatnya. Mereka dibebankan sejumlah hutang yang dapat bertambah dan berkurang sepanjang permainan itu dengan syarat tertentu yang tidak diketahui.

 

Kalau curiga dengan kawan, kemungkinan untuk kalah makin tinggi. Kepercayaan terhadap sahabat saling diuji di sini.


6. BINGO

Watch movie here

Pada masa depan, Jepun tukar stail hukuman mati di negara mereka. Hukuman maut ditentukan dalam game bingo yang dimainkan oleh keluarga mangsa. 


Nasib seorang banduan bernama Masaya kini di tangan pemain bingo itu. Mayumi yang duduk di bilik kawalan bersama staf yang mengendalikan game bingo itu merenung Masaya…


7. TAG

Watch movie here

Para pelajar perempuan sekolah tinggi termasuk Mitsuko, Keiko, Izumi (Erina Mano) lari semahu-mahunya apabila mereka jadi target hantu-hantu bertopengkan pengantin lelaki berwajah khinzir dan guru perempuan dengan senapang mesin.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)